Mengejutkan! Johnny Depp dikhabarkan akan menghidupkan semula watak Kapten Jack Sparrow dalam francais Pirates Of The Caribbean lima tahun selepas filem terakhirnya, Dead Men Tell No Tales ditayangkan.
Walaupun jurucakap Johnny cuba menghentikan spekulasi yang telah lama bertebaran, sumber rapat memaklumkan ‘khabar angin’ itu hakikatnya adalah benar.
Menurut portal The Sun, ‘kepulangan’ Jack Sparrow kini sedang diusahakan dan aktor berusia 59 tahun itu akan menjalani ujian penggambaran pada awal tahun hadapan.