Sekiranya filem Zorro diberi nafas baru, Antonio Banderas sudah pun mempunyai calon yang dirasakannya paling layak menggalas watak itu.
Dalam satu temu bual terbaharu untuk mempromosikan Puss in Boots: The Last Wish, Antonio tanpa teragak-agak berkata dia mahu menyerahkan ‘obor’ yang dipegangnya selama tujuh tahun kepada Tom Holland jika Zorro difilemkan semula.
“Saya membintangi filem Uncharted bersamanya. Dia sangat bertenaga, menyeronokkan dan mempunyai keistimewaan. Jadi mengapa tidak?” katanya kepada ComicBook.