Terletak di Starhill, ruangan spa Biologique Recherche terbaharu di Asia ini miliki ruang legar yang elegan, mewah dan tenang serta ia direka khas untuk anda alami rawatan peribadi muka, badan dan rambut.
Kekukuhan Biologique Recherche dalam dunia kecantikan kini sudah melebih 40 tahun, tidak hairanlah apabila ia menjadi pilihan A+ list dalam kalangan wanita mahupun lelaki untuk keberkesanan yang menakjubkan berdasarkan pendekatan klinikal penjagaan kulit, memberikan hasil kulit yang segera dan berpanjangan.
Rangkaian luas produk penjagaan kulit Biologique Recherche ini sangat tertumpu dalam bahan aktif botani, marin dan biologi yang dirumus tanpa pewangi tiruan di makmalnya sendiri di Perancis. Rekaan dalaman spa yang dibentuk untuk mencerminkan kemewahan seperti di Paris, Biologique Recherche kini memusati rawatan unggul di Kuala Lumpur dengan menyediakan rawatan tersuai komprehensif dan sangat peribadi untuk muka, badan dan kulit kepala.
Buat anda yang pertama kali ingin rasai kemewahan spa, usah risau kerana Biologique Recherche miliki pakar terapi yang dilatih dalam metodologi kecantikan dan melaksanakan protokol rawatan khusus -Skin Instant kepada pelanggan buat kali pertama dengan produk yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan kulit sendiri.
Mengandungi formulasi kompleks tumbuhan berkualiti tinggi, biomarin atau ekstrak biologi dengan 80% bahan semula jadi, produk kecantikan Biologique Recherche selamat digunakan kerana ia tidak mempunyai wangian sintetik dan dihasilkan menggunakan proses sejuk untuk memelihara integriti bahan aktif dan formula.
Terdapat lima bilik rawatan disediakan di Ambassade di Kuala Lumpur, semuanya direka dengan teliti untuk menghadirkan rasa ketenangan dan rawatan manja diri yang eksklusif. Untuk lebih privasi, anda boleh memilih Bilik Pasangan VIP. Ambassade kini menawarkan rawatan muka, dengan rawatan rambut dan badan akan diperkenalkan pada awal 2023.
Untuk maklumat lanjut atau temujanji eksklusif, sila layari laman rasmi Biologique Recherche atau ikuti maklumat terkini di Instagram @biologique_recherche_kl.
Artikel berkaitan: SK-II Lancar Miracle Water Dalam Botol Neon