Justin Bieber baru-baru ini mengecam tindakan H&M kerana menggunakan nama dan wajahnya pada produk fesyen untuk mengaut keuntungan.
Disebabkan kecaman yang diterima, H&M mengalih keluar semua produk tersebut demi menghormati Justin walaupun wakil jenama itu mengesahkan mereka telah mendapat kebenaran dengan mengikuti prosedur kelulusan yang betul.
Menerusi satu hantaran di media sosial, pelantun lagu Stay itu menasihati 270 juta pengikutnya agar tidak membeli baju panas dan beg tote dengan cetakan wajahnya yang digelarnya sebagai ‘sampah’.
Bukan itu sahaja, jenama tersebut juga didakwa menjual sarung telefon bimbit dengan cetakan lirik lagu Justin berjudul Ghost.
