Selepas sepuluh bulan diserang iskemia sementara (TIA) atau dikenali sebagai strok mini, Hailey Bieber dilihat semakin terbuka bercakap mengenai kesihatan fizikal dan mentalnya kepada peminat.
Dalam salah satu episod podcast Run-Through With Vogue, Hailey mendedahkan kesan buruk dan pergelutan yang dialaminya akibat serangan itu.
“Saya bergelut dengan gangguan kebimbangan selepas diserang strok. Saya juga mengalami PTSD (Gangguan Stres Pasca Trauma) dan berasa takut yang ia mungkin akan berlaku lagi.
“Ia adalah perasaan seperti saya tidak mahu mengalaminya lagi. Ia sangat menakutkan, menggetarkan dan membingungkan dalam setiap cara yang anda boleh bayangkan,” katanya.