Kumpulan gadis K-Pop, SixBomb pernah mencetuskan kejutan di lapangan seni hiburan Korea dengan menjalani pembedahan plastik dan kemudian menggunakannya sebagai konsep untuk single baharu.
K-Pop dan pembedahan plastik, bukanlah perkara janggal untuk dunia ketahui. Mereka ini terlalu obses untuk membaiki wajah dan muka hanya untuk ‘menjual’ bakat dan nama di industri dunia K-Pop. Kumpulan gadis ini pernah mencetuskan kontroversi dimana, kesemua ahlinya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan plastik secara serentak!
Perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada masyarakat Korea Selatan yang sangat kompetitif dan kelihatan taksub, di mana ciri fizikal lebih meningkatkan kedudukan sosial dan membantu mendapatkan pekerjaan.