Untuk menjadi seorang idola, K-Pop Idol dilarang makan 5 makanan terlarang ini. Jika tidak, mereka akan dihukum dan terpaksa diet ketat!
K-Pop Idol dilarang makan 5 makanan terlarang ini adalah suatu gelombang ‘dark side’ yang tidak semua orang tahu. Berpenampilan kurus dan tinggi lampai yang kita semua lihat di televisyen, adalah dedikasi tinggi yang dipraktiskan oleh Idol untuk mencapai ‘Beauty Standard’ hiburan Korea.
Senaman dan kawalan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan bentuk langsing dan jisim otot yang sederhana. Beberapa makanan telah disifatkan sebagai makanan dilarang untuk dimakan kerana ia merosakkan lemak badan ideal dan kemungkinan juga ia merosakkan not suara.