Gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria minggu lalu telah menarik perhatian seluruh dunia termasuk dari kalangan selebriti nan dermawan.
Selain merakam ucapan takziah, para selebriti antaranya dari Korea Selatan dilihat berebut-rebut memberi sumbangan besar untuk mangsa yang terlibat serta usaha menyelamat di Turkiye dan Syria.
Hos dan penghibur, Jang Sung Kyu menjadi artis pertama menyumbang dengan menderma sebanyak RM79,000 kepada Korean Red Cross yang menyokong misi menyelamat di kedua-dua negara itu.
“Saya berharap tiada lagi mangsa yang terkorban. Semoga segala kerosakan di kedua-dua negara akan segera pulih seperti sedia kala,” tulisnya di Instagram.