Walaupun bercamping, penjagaan muka haruslah diutamakan. Beauty is pain, dimana jua anda berada, kulit muka perlu dimanjakan dengan 5 produk skincare camping pilihan EH! ini, barang wajib anda perlu bawa jika ingin camping;
Bayangkan ini; akhirnya anda punyai masa untuk merancang perjalanan camping-perkhemahan anda dan ingin menikmati aktiviti luar yang hebat hujung minggu ini. Sudah terbayang permandangan matahari terbenam, angin bertiup sempoi dan pokok-pokok berbisik ditiup angin. Gah, pasti anda tidak sabar ingin mempersiapkan diri!
Walaupun diri sudah disergah rasa damai, jangan lupa akan penjagaan muka ya. Apabila berada didalam sudut alam semula jadi, penjagaan muka harus diberi perhatian yang serius supaya apabila kembali bekerja nanti, kulit anda masih kelihatan cantik dan mulus seperti hari pertama sebelum anda camping. Dengan hanya sedikit persediaan, anda pasti dapat memastikan kulit anda kelihatan hebat. Berikut ialah 5 produk skincare yang wajib di bawa untuk camping: