Sempena bulan Ramadan, EH! bekerjasama dengan Calvin Klein menjemput 10 selebriti popular menjamu Malam Buka Puasa Soiree di Sage Restaurant.
Ekspresi gaya dan selera peribadi menyambut bulan ramadan bersama EH!, membariskan 10 selebriti tanah air yang lengkap memadani gaya cK dari hujung kepada hingga ke hujung kaki. Prima di momen-momen istimewa, tak terkecuali pada musim perayaan, cK menawarkan rekaan yang stylish, utuh suai buat anda yang ingin tampil versatil gah konvensional.
Momen meriah yang dikongsi bersama 10 selebriti tanah air ini mencipta kenangan indah EH! x Calvin Klein saat kesemuanya berhibur santai dan menceritakan momen terbaik ramadan mereka di meja makan mewah di Sage Restaurant. Mata bertemu mata, mereka tampak stylist menggayakan fesyen cK mencuri perhatian lensa kamera yang pantas menangkap gaya fesyen.
Pakaian yang sifatnya ‘lifestyle’ atau ‘streetwear’ hanya dilihat dari segi material dan fungsi, kini item tersebut juga bertindak sebagai alternatif pakaian sehari-hari sekaligus menawarkan rekaan yang stylish. Cukup kontemporari dan minimal untuk gaya seharian, dari bucket hat, top tank, oversized jacket dan celana jeans, cK Garis desain moden dan versatil terlihat jelas pada gaya suai padan tubuh.