Jurusolek selebriti ternama Shiyo Joo kongsikan langkah mudah merias wajah Daiyan Trisha sempena ketibaan Syawal, dan istimewanya riasan ini disempurnakan dengan menggunakan rangkaian alat solek popular dari Lancôme.
Oh masa ternyata pantas berlalu, kurang seminggu lagi kita semua akan meraikan ketibaan 1 Syawal. Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan berpuasa dan hampir tiba untuk meraikan Lebaran bersama yang keluarga dan teman tersayang. Hari Raya sering saja disinonimkan dengan penampilan serba baru, dan bagaikan sudah menjadi rejim untuk memastikan penampilan serba segar dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Solekan adalah pelengkap setiap penampilan, masakan sempurna helaian raya andai tidak disempurnakan dengan riasan wajah. Dan untuk memudahkan kalian, EH! bersama Lancôme mengundang jurusolek selebriti ternama, Shiyo Joo (yang juga salah seorang jurusolek kegemaran Daiyan Trisha) untuk menunjukkan beberapa langkah mudah untuk merias wajah lebaran ini.
LANGKAH 1
Solekan dimulakan dengan sapuan bedak asas, dan Shiyo Joo memilih Teint Idole Ultra Wear Foundation, yakni bedak asas dengan kemasan pusam yang tahan lama. Menariknya tentang bedak asas ini, selain mampu bertahan hingga 24 jam, formulanya juga sudah ditingkatkan dengan manfaat penjagaan kulit. Ia juga lut udara (breathable) serta dilengkapi dengan 80 peratus manfaat untuk membelai kulit. Shiyo mengaplikasi bedak asas ini menggunakan berus, namun menurutnya ia juga boleh dioles menggunakan span.
LANGKAH 2
Tidak berlebih-lebih pada solekan mata, Shiyo lebih senang memberi fokus pada penggunaan maskara. Bagi Shiyo bulu mata yang kelihatan volum dan lentik sudah cukup untuk membuat solekan menyerlah. Shiyo memilih Hypnose Doll Eyes Waterproof Mascara, antara maskara yang menjadi kegemaran ramai di Lancome.
LANGKAH 3
Langkah dalam riasan ini ialah calitan L’absolu Rouge Intimatte (Shade 274), dan Shiyo memilih gincu ini akan kerana efek pusamnya yang kelihatan segar. L’absolu Rouge Intimatte mempunyai efek pusam samar, menjadikan gincu ini tidak kelihatan kering seperti sesetengah gincu pusam. Ia dicipta dengan satu objektif yakni mahu membuatkan bibir terasa ‘bogel’ bagaikan tidak diselaputi gincu. Penggunaan ekstrak bunga mawar dalam gincu ini membuatkan bibir amat selesa dan gincu ini mudah meluncur di permukaan bibir. Dibekaskan dalam kelongsong keemasan, rupa gincu ini secara keseluruhannya tampak mewah.
LANGKAH 4
Tidak lengkap penampilan Syawal ini anda tiada semburan haruman, dan Daiyan Trisha diharumkan dengan semburan minyak wangi kegemarannya Idole Eau De Parfum. Haruman ini dimewahkan dengan dengan aroma kelopak mawar, melati dan chypre, lantas menjadikan imej feminin pada haruman dengan botol ternipis ini cukup ketara.
RAHSIA KULIT MENAWAN DAIYAN TRISHA
Jika anda bertanya apakah rahsia kulit Daiyan Trisha yang kelihatan segar biarpun sering saja sibuk dengan urusan kerja saban hari, jawapannya ialah Lancome. Ada dua produk yang menjadi pilihan dalam rejim penjagaan kulitnya setiap hari. Bagi Daiyan dua produk ini adalah asas utama.
Setiap hari Daiyan akan mulakan dengan aplikasi Absolue Rose 80 Lotion, iaitu losen atau penyegar wajah yang mewah dengan bunga mawar. Penyegar ini bertindak untuk mencerah, menyamaratakan ton kulit dan semestinya bagus untuk menghidrat dan menganjalkan kulit. Aplikasinya mudah, cuma perlu tuangkan 10 titis Absolue Rose 80 Lotion pada pad kapas dan sapu rata pada wajah bermula dari bahagian dahi.
Daiyan melengkapkan rejim belaian kulitnya dengan Advanced Génifique Serum, ia mengandungi Bifidus Prebiotic, Hyaluronic Acid dan Vitamin C yang bertindak menguatkan pertahanan kulit agar ia kekal hidrat lantas menjadikan wajah berseri-seri. Dan Daiyan tidak hanya mengoles rata malah dia melengkapkan langkah ini dengan urutan wajah. Menurut Daiyan tiga langkah urutan ini berkesan untuk memaksimumkan manfaat dan keberkesanan Advanced Genifique Serum.
Tonton video berikut untuk melihat langkah urutan wajah yang diamalkan oleh Daiyan Trisha.
BACA: Neelofa Dedah 2 Produk Lancôme ‘Must Haves’ Dalam Penjagaan Kulitnya