Lagu popular, ‘ ciptan Ed Sheeran terlepas tuduhan sivil hak cipta menciplak lagu nyanyian Marvin Gaye, ‘Let’s Get It On‘.
Siapa sahaja tidak ketahui lagu romantik popular Ed Sheeran pada tahun 2014? Tontonan sebanyak 3.5 billion di penstriman Youtube, Sheeran meluahkan rasa syukur dan teruja dibebaskan dari tuduhan tuntutan sivil tersebut. Bintang pop British yang diadili oleh juri Amerika Syarikat itu mendapati dia tidak menciplak ‘Let’s Get It On’ nyanyian Marvin Gaye dan menggelar keputusan itu sebagai kemenangan atas dasar undang-undang kebebasan kreatif.
“Saya sangat gembira dengan keputusan kes mahkamah. Dan nampaknya, saya tidak perlu bersara daripada kerjaya harian saya,” kata Ed Sheeran kepada pemberita di luar mahkamah.
Pemuzik Inggeris itu juga terus memeluk pasukan peguamnya di dalam mahkamah Manhattan pada Khamis kelmarin selepas juri memutuskan dia telah secara bebas dari tuduhan menciplak lagu pemenang anugerah Grammy 2014.
Tuntutan tuduhan sivil yang diawasi rapi oleh waris kepada penulis bersama Gaye Ed Townsend, telah menyaman Sheeran atas pelanggaran hak cipta pada 2017. Mereka mendakwa lagu ‘Thinking Out Loud’ menyalin lirik bait lagu Gaye termasuk melodi dan iramanya.
Dikatakan, waris cuba mencuri kesempatan atas bahagian keuntungan yang telah diterima oleh Sheeran kerana lagu popularnya telah mendapat sambutan yang hangat. Semasa di luar mahkamah, penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu kepada pemberita bahawa tindakan pentingkan diri oleh (pewaris) boleh ‘menghancurkan kehidupan kreativiti seseorang’ dan berharap orang ramai boleh mengambil iktibar dari kejadian ini.
“Sekiranya juri telah memutuskan perkara ini dengan cara lain (pewaris menang), kami (penggiat seni) juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kebebasan kreatif pencipta lagu,” kata Sheeran.
Ia merupakan saman percubaan hak cipta kedua kepada Sheeran dalam setahun. Pada April 2022, dia memenangi kes di London berhubung lagunya ‘Shape Of You’, hit lagu popular pada 2017, dengan mengatakan tuntutan mahkamah terhadap litigasi hak cipta yang melampaui batas.