Jika dahulu, resipi masakan sering dikongsikan di majalah cetak mahupun siaran televisyen. Kini segalanya mudah apabila selebriti hanya menggunakan sosial media untuk berkongsi resipi masakan mereka.
Selebriti Malaysia ini punyai banyak bakat, pandai berlakon, menyanyi dan usahawan berjaya tidak membantut mereka untuk sentiasa berkongsi resipi masakan di dapur. Jika di Hollywood, peminat tergilakan resepi Pasta Gigi Hadid. Tapi di Malaysia, kita ada ramai selebriti yang juga menjadi sandaran chef terbaik, antaranya Zulin Aziz, Farahdhiya, Farahdhiya dan ramai lagi.