Walaupun sering berkait dengan kontroversi (tentang Bieber dan Selena), namun satu yang peminat kena terima helaian yang digayakannya sering saja nampak kena dan menjadi ikutan. Suka atau tidak, tidak boleh disangkal bahawa Hailey Bieber punya sense of style yang sangat bercita rasa.
Selain penampilan di karpet merah atau acara rasmi, gaya santainya juga sangat menarik. Hailey pandai menyuai padan sesuatu yang ringkas jadi menarik termasuklah denim. EH! bariskan lima cara Hailey menggayakan denim untuk rujukan gaya anda.
LONG LEATHER JACKET
Haiely sudah beberapa kali menggayakan jaket kulit panjang dan dia membuatkan gayanya ‘ringan’ dengan memadankannya dengan denim. Sama ada seluar denim panjang atau pendek, padanannya bersama jaket kulit labuh ini sangat menang gaya.
JAKET LABUH
Tak mustahil jaket labuh adalah personal favourite Hailey. Kali ini dia kelihatan sangat senang menggayakan jaket labuh atau juga parka dalam material yang tipis. Gayanya yang ini lebih santai bila padanan denim pendek dilengkapkan juga dengan sekadar sandal. Inilah gaya musim panas yang kekal stylish untuk anda ikuti.
SERBA LONGGAR
Oversized dan semuanya serba longgar, dari jaket, baju-t hinggalah ke celana denimnya. Hailey membuat idea gaya yang sangat ringkas ini kelihatan cukup stail. Ini gaya yang saya rasa sangat mudah untuk anda tiru.
DENIM & BLAZER
Hot pants denim bersama blazer? Why not? Hailey membuat gayanya ini sangat chic, dan tambah hot dengan pilihan chelsea boot nya dengan kemasan merah pada bahagian tapak.
DENIM ON DENIM
Gaya ini antara yang sudah biasa digayakan, dan saya percaya anda juga pernah tampil dalam stail serupa. Denim on denim tak pernah salah, tapi apa yang saya suka dengan gaya Hailey di dalam gambar ini ialah pilihan warna denimnya yang berbeza. Cool!
BACA: Dari Hailey Bieber Ke Lily Collins, Kenali 10 Nepo Baby Hollywood