Seluar jean telah mengalami transformasi yang luar biasa, tidak kira bila atau di mana, seluar jean tetap merentasi budaya dan latar belakang sosial. Walaupun kita sudah mempunyai denim kegemaran, terdapat banyak pilihan di luar sana dan hidup ini terlalu singkat untuk melekat pada satu jenis seluar jean sahaja.
Pelbagai gaya dan potongan tersedia untuk menampung jenis badan dan pilihan fesyen yang berbeza manakala, seluar jean kekal sebagai teman setia wanita semasa mereka mencabar norma, merentas halangan, dan berusaha untuk kesaksamaan dan pembebasan.
Dunia celana denim wanita menawarkan pelbagai pilihan, potongan, kemasan dan perincian yang unik untuk memenuhi gaya individu. Merangkumi keselesaan, gaya, dan keberanian, seluar jean juga memberi wanita kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan menikmati keselesaan dalam persekitaran yang pelbagai.
Jean Skinny
Kita semua pasti mempunyai seluar jean potongan skinny yang sangat kita suka dan boleh digayakan dengan apa sahaja di dalam almari. Jika anda yakin dengan bentuk badan anda sendiri dan ingin menonjolkan kaki anda, pasti mencuba jenis potongan ini. Ia biasanya sangat elastik dan datang dalam pelbagai gaya untuk anda pilih.
Jean skinny ini kekal sebagai trend fesyen yang konsisten selama bertahun-tahun, menawarkan rupa kontemporari yang menarik minat ramai. Sama ada untuk keluar santai atau acara yang lebih formal, wanita boleh memperibadikan seluar jean skinny mereka mengikut gaya masing-masing.
Jean Boyfriend
Nah, ini bukan tentang memakai seluar denim milik teman lelaki anda. Sebaliknya, ia telah menjadi trend fesyen yang terkenal dalam kalangan wanita, kerana reka bentuknya yang santai dan berwatakan longgar yang memancarkan gabungan harmoni antara keselesaan dan kehalusan pakaian, jean ini melambangkan estetika santai tanpa menjejaskan gaya.
Berbeza daripada gaya jean skinny, jika anda mempunyai paha yang agak besar, potongan denim ini sesuai untuk anda. Walau bagaimanapun, mereka yang memiliki saiz tubuh yang kecil harus berhati-hati, kerana penggunaan denim ini secara tidak sengaja boleh membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
Jean Bootcut
Seluar jean gaya 60-an dan 70-an ini muncul semula sebagai gaya denim wanita yang abadi dan serba boleh. Terkenal dengan daya tarikan yang berkekalan, seluar jean bootcut ini merangkumi pilihan yang bergaya dan sentiasa relevan.
Mempunyai nilai tambahan terbesar apabila ketinggian pemakai kelihatan lebih panjang daripada yang sebenarnya maka, tidak hairanlah jika seluar jean bootcut ini kekal sebagai ruji almari pakaian klasik yang terus menjadi pilihan wanita sehingga kini.
Jean Low-rise
Seluar Low-rise atau berpinggang rendah telah melanda dunia fesyen sejak dahulu lagi. Garis pinggang seluar jean low-rise ini terletak lebih rendah daripada biasa. Ia sangat popular pada awal tahun 2000-an dan kelihatan menawan terutamanya mereka yang mempunyai pinggang yang ramping. Seluar jean low-rise ini memberikan pilihan yang muda dan kasual bagi mereka yang menghargai penampilan tersendiri.
Jean High-Waisted
Dengan gaya crop top dan bralette yang begitu banyak dalam fesyen, pilihan pertama yang sesuai dipadankan bersama adalah, seluar Jean high-waisted. Aliran fesyen kontemporari ini telah meresap dengan pantas dalam kesedaran kolektif, dengan garis pinggang yang terletak di atas, telah membangkitkan estetika vintaj pada pakaian.
Sesuai untuk semua bentuk badan, seluar ini menawarkan siluet yang memancarkan kecanggihan dan keanggunan. Meraikan garis pinggang dan menjelmakan fesyen berinspirasikan retro, jean ini adalah pilihan yang digemari untuk wanita yang mencari gaya kasual dan bersahaja.
Artikel Berkaitan: Do’s & Dont’s Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penjagaan Jean