Sharifah Rose antara pelakon generai baharu yang laris diintai bakatnya oleh produser dan stesen TV. Mesra disapa Rose, dia juga rancak menggerakkan label tudungnya sendiri, Harīrose yang pernah diperagakan di KLFW pentas bersama Syomirizwa Gupta.
Bila dan di mana Sharifah Rose paling gembira?
Saat saya menjejaki pasir dan menikmati bunyi ombakan laut di pantai.
Apakah bakat lain yang ingin Rose miliki?
Menyanyi? Hahaha tetapi sebenarnya saya memang tidak boleh menyanyi pun.
Jika Rose boleh mengubah sesuatu tentang diri Rose, apakah ia?
Mungkin mengasah bakat dalam memasak dan menghentikan sikap “procrastination” dalam diri!
Bagaimana Rose berhadapan dengan kegagalan?
Saya akan sentiasa ingatkan diri saya bahawa tidak akan ada kejayaan tanpa kegagalan.
Bagaimana Rose mengurus stres?
Cari solusi atau tidur.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Memiliki kehidupan yang seimbang dalam setiap aspek dan menikmati setiap detik baik dan buruk.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Rose ingat?
Patung Barbie! Dulu Rose ada lebih daripada 20 patung koleksi Barbie!
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
I love my job Hahaha, ia membuatkan saya untuk teruskan kehidupan walaupun pernah ada rasa putus asa.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Melihat pasangan anda sebagai seseorang yang memiliki visi kehidupan tersendiri dan semestinya, kepercayaan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Menghulurkan telinga dan bahu, mendengar dan memahami masalah mereka dan memberi pendapat
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Perasaan tidak pernah berasa cukup. Kerana ia akan menjurus kepada masalah cemburu, iri hati, marah dan lebih teruk, jenayah. Bagi Rose, setiap orang memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Jangan terlalu mengikut piawaian media sosial seperti sentiasa ingin menjadi sempurna, mewah, terbaik, cantik dari orang lain. Jangan bandingkan diri dengan orang asing dalam media sosial. Hentikan ia dan sayangi diri seadanya.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Saya ingin diingati atas budi kebaikan kepada semua orang.