Bakatnya mula dicungkil saat dipilih menjadi salah seorang peserta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019. Nama Siti Hariesa makin dikenali hasil aksinya yang menyakinkan lebih-lebih lagi menerusi siri ‘Perempuan Itu’. Bakat dan penampilannya yang menarik menjadi satu pakej lengkap untuk dia menjadi salah seorang aktres hebat di masa mendatang.
Bila dan di mana Hariesa paling gembira?
Apabila saya bersama orang yang saya sayangi.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Saya harap saya punya kelayakan untuk menyertai kumpulan sorak.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya mahu lebih berani atas kesalahan yang saya pernah saya lakukan kerana kadang-kadang saya tidak begitu berani untuk berdepan dengan kesilapan.
Bagaimana Hariesa berhadapan dengan kegagalan?
I reflect from my failures and adapt to a growth mindset.
Bagaimana Hariesa mengurus stres?
Stay calm.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Apabila semuanya berjalan lancar seperti mana saya inginkan.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
KPOP! I would watch them EVERYDAY!
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
God will never take something away from you without the intention of replacing it with something better!
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Compromising.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Sentiasa berada di sisi mereka.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Nilai mata wang kita yang semakin merosot.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
“Siti Hariesa has always been nice to everyone”.