Shiseido Professional memperkenalkan “SUBLIMIC”, rangkaian penjagaan kulit kepala dengan formula yang canggih disesuaikan untuk masalah kulit kepala & rambut.
Rambut merupakan mahkota utama untuk setiap individu. Namun, keindahan rambut tidak dapat dicapai tanpa perhatian khusus terhadap kesihatan kulit kepala. Shiseido Professional, produk kecantikan rambut, mempersembahkan “Sublimic”, sebuah syampu revolusioner yang tidak hanya memberikan kelembutan pada rambut, tetapi juga mengatasi masalah kulit kepala.
Memfokuskan pada masalah kebimbangan kulit kepala yang disebabkan oleh tekanan, kurang tidur, dan faktor luaran seperti suhu, Shiseido Professional “SUBLIMIC” dicipta khas untuk merawat masalah kulit kepala dan rambut dengan sempurna sekali gus.
Perkhidmatan spa kepala yang menyamankan, aroma yang memikat mood dan penjagaan di rumah khusus untuk masalah kulit kepala, Shiseido Professional “SUBLIMIC” menjadikan kulit kepala lebih sihat.
Tersedia dalam dua pilihan aroma yang memikat, Refresh dan Relax, kedua produk penjagaan rambut Shiseido Professional “SUBLIMIC” ini disematkan dengan kandungan bunga Yuzu aromatik mekar tumbuh di perkampungan Mizuo, Kyoto. Bau bunga yang dirumus ini membantu melegakan kulit kepada dan memberikan aroma yang menenangkan sepadan dengan spa kecantikan diri.
“SUBLIMIC” membantu merawat masalah kulit kepala yang tidak seimbang kepada rambut yang sihat. Rangkaian penjagaan rambut ini dilengkapi dengan “Scalp Double-Enhancing System” menyokong pertumbuhan rambut yang cantik dengan mewujudkan persekitaran kulit kepala yang lebih sihat yang ringan dan selesa. Formula yang mengandungi bahan semula jadi ini direka khas untuk mengimbangi mikrobiom kulit kepala dan meningkatkan kesihatan rambut.
Antara kebaikan setelah melakukan regim penjagaan “SUBLIMIC” ialah ia membantu menyokong keseimbangan mikrobiom kulit kepala yang lebih baik. Selain itu, ia juga melegakan dan menenangkan kulit kepala sehingga anda terasa kulit kepala lembap dan seimbang.
Selain manfaat kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan, “SUBLIMIC” juga memberikan pengalaman spa peribadi dengan aroma menenangkan yang membawa relaksasi pada setiap kali penggunaan. Aromaterapi ringan dari syampu ini tidak hanya memberikan kesegaran tetapi juga menciptakan momen peribadi yang menyenangkan.
FUENTE FORTE CLEAR SHOWER
FUENTE FORTE MOIST SHOWER
FUENTE FORTE AROMA SPA DROP REFRESH
FUENTE FORTE AROMA SPA DROP RELAX
FUENTE FORTE SCRUB CLEANSER
FUENTE FORTE TOTAL REFINING CREAM
Baca: 9 Selebriti Wanita Yang ‘Hot’ Dengan Gaya Rambut ‘Skinhead’