Berlangsungnya Cannes Film Festival 2024 selama 12 hari, penampilan para selebriti Asia yang hadir cukup menonjol daripada yang lain. Model Malaysia, Sharwita turut menghiasi karpet merah membawa nama negara kita.
Cannes Film Festival kembali buat kali ke-77 bermula dari 14 Mei hingga 25 Mei 2024. Ia adalah festival filem tahunan yang diadakan di Cannes, Perancis di mana festival ini mempratonton filem baharu semua genre, termasuk dokumentari, dari seluruh dunia.
Diasaskan pada tahun 1946, Festival ini tidak pernah lekang dengan gaya para selebriti yang berhabis baik untuk muncul di karpet merah.
Minggu Pertama
Sharwita
Model ternama Malaysia, Sharwita menjejaki karpet merah di Cannes Film Festival pada hari kedua dengan penuh elegan. Menyarung gaun Couture rekaan Hatta Dolmat, gaun ini mencerminkan negara kita di mana ia direka ala ala kebaya pada bahagian atas dan meleret dipenuhi kelopak putih pelbagai saiz.
Cinta Laura
Cinta Laura tampil anggun dalam balutan gaun putih rekaan Monica Ivena. Gaun meleret ini dipenuhi manik kristal yang dijahit tangan sepenuhnya, dihiasi dengan bulu.
Lihat pada bulu di gaun itu, pasti anda dapat meneka ia ada kena mengena dengan burung.. Ya! Ia diinspirasikan oleh burung Jalak Bali dari Indonesia.
Han So-Hee
Han So-Hee hadir ke karpet merah seperti bidadari dalam balutan gaun putih. Dia memilih gaun korset tulle dengan tali nipis di bahu, menampilkan material ruffle pada pinggang.
Gaya Han So Hee dilengkapi dengan stud telinga berlian halus dan aksesori rambut bermotif bunga yang menambah sentuhan elegan pada gaya rambutnya.
Im Yoon-ah SNSD
Yoona hadir ke karpet merah dengan gaun kembang meleret rekaan Monique Lhuillier, pereka fesyen dari Filipino. Berona merah jambu lembut, rona ini amat sesuai dengan wajah innocent-nya.
Menampilkan gaun garis leher V, belahan setinggi paha di bahagian depan, Yoona semestinya memberi kelainan dengan gaya lembut yang dipancarnya.
Alexa Chung
Alexa chung, ikon fesyen gen z masa kini di mana ‘balet flats‘ kembali trending kerana dipakai olehnya. Alexa hadir membawa vibes Maleficent, menyarung gaun rekaan Jean Paul Gaultier. Simone Rocha menghasilkan gaun yang semuanya berkisarkan drama, dengan korset yang luar biasa.
Alexa mengekalkan yang selebihnya secara ringkas untuk menonjolkan gaunnya itu.
Soo-Joo Park
Ikon fesyen, Soo Joo Park hadir dengan gaya edgy, paling menonjol dengan rambutnya berona biru elektrik memilih ciptaan Gucci tersuai yang menyerlahkan selera fesyennya yang berpengaruh dengan sempurna.
Gaun asimetri baldu hitam, direka khas untuk Soo Joo Park oleh label mewah Itali, menampilkan belahan tinggi yang berani dan panel sisi kristal yang mencuri perhatian. Gaunnya itu mempamerkan perincian yang hebat oleh Gucci.
Aishwarya Rai
Ratu Cantik Dunia pada tahun 1994, Aishwara Rai secara konsisten berubah dengan pilihan gayanya di karpet merah. Aishwara Rai memilih gaun meleret metalik berona biru dan perak direka oleh Falguni dan Shane Peacock.
Gaun meleret ini mengingatkan saya dengan bunga manggar tetapi saya suka bila sesorang memberi kelainan pada karpet merah, tidak lah bosan!
Putri Marino
Penampilan Putri secara keseluruhan sangat elegan, bukan? Gaun berona maroon ini tersuai cantik mengikut siluet badan Putri. Rekaan Stellarissa ini diinspirasi daripada Orchid dan kelihatan mewah kerana menggunakan material baldu.
Gaun off shoulder yang menampakkan bayang leher dan bahu Puteri Marino dengan cantik. Kemudian, di bahagian pinggang, tersuai fabrik yang meleret dan terdapat juga aksesori emas bagi menonjolkan gayanya.
Kylie Verzosa
Kylie hadir dalam gaun kembang hitam dan kuning rekaan Sophie Couture, memancarkan aura cantik secara keseluruhannya. Gaun itu menampilkan korset baldu hitam, dicantum fabrik taffeta kuning keemasan bercetak bunga, cukup membuatkan pelakon itu menonjol dan memukau daripada orang lain.
Kylie juga memakai permata berlian untuk sentuhan lebih elegan.
Michelle Yeoh
Michelle Yeoh, memancarkan gaya glamor dalam korset kulit merah maroon dan skirt berbulu panjang rekaan Bottega Veneta. Gaya ini membuatkan Michelle kelihatan lebih muda daripada umurnya dan segar.
Tas tangan Bottega Veneta Knot hijau pudina, permata Mikimoto dan jam tangan Richard Mille melengkapkan penampilannya.