Datin Vivy Sofinas Yusof, seorang usahawan dan ikon fesyen terkenal di Malaysia, sering menarik perhatian dengan koleksi tas tangan mewahnya yang mencerminkan cita rasa dan gaya peribadinya.
Sebagai pengasas bersama FashionValet dan dUCK Group, Vivy Yusof memiliki pengaruh besar dalam dunia fesyen Malaysia dan pilihan fesyennya sering menjadi inspirasi buat ramai peminat. Jika kita lihat laman foto Instagramnya, Vivy menampilkan koleksi tas tangan dari jenama-jenama mewah yang digemarinya, termasuk dari jenama fesyennya sendiri, tas tangan dUCK.
Memadankan tas-tas mewah ini dengan pakaian yang minimalis namun chic, menjadikannya sebagai satu simbol ‘effortless elegance’. Dari tas tangan dUCK hingga edisi tas tangan mewah yang eksklusif, lihat dan tiru gaya Vivy Yusof.
1. Chanel 22 Calfskin, Gold-Tone & Lacquered Metal White (RM 27,560*)
Chanel 22 Calfskin, Gold-Tone & Lacquered Metal White yang dimiliki oleh Vivy Yusof merupakan contoh sempurna fesyen mewah yang memadukan ketelitian reka bentuk dan material premium.
Diperbuat daripada kulit kambing (calfskin) yang sangat lembut dan tahan lama, beg Chanel 22 ini memberikan sentuhan kemewahan lantas menjadi pernyataan gaya yang menggambarkan status sosial pemiliknya.
Menggayakan ketika berada di acara sukan? Why not!
2. Hermes Birkin 2022 Clemence Birkin Retourne 30 (RM 113,631*)
Beg tangan ini terkenal dengan reka bentuk klasik yang elegan dan praktikal. Clemence leather yang digunakan pada beg ini memberikan tekstur yang lembut dan mewah, sementara ketahanan kulitnya menjadikan beg ini sesuai untuk penggunaan harian dan acara-acara istimewa.
Dengan warna yang lebih subtle dan elegan, ia memancarkan kemewahan tanpa perlu menonjolkan diri secara berlebihan. Reka bentuk Retourne pada beg ini juga menawarkan siluet yang lebih lembut, menambah sentuhan kemewahan pada keseluruhan penampilan. Menggayakan tas tangan di Tokyo, melengkapkan gaya yang lebih minimalis dan chic.
3. Louis Vuitton Petite Valise (RM 45,000)
Kombinasi sempurna antara seni pembuatan yang teliti dan moden, reka bentuk yang kompak tetapi elegan, Louis Vuitton Petite Valise memberikan sentuhan klasik yang mewah. Dengan bahan kulit monogram LV dan warna coklat ikonik, sering kali dilihat membawa Louis Vuitton Petite Valise sebagai pelengkap gaya harian atau ketika menghadiri acara-acara rasmi.
4. Fendi Gold Baguette
Pilihan beliau terhadap Fendi Gold Baguette di restoran Gordon Ramsay Bar & Grill Restaurant semestinya satu gaya ‘Nailed It’! Dengan kemasan emas yang mewah, tas tangan ini memancarkan kilauan, sementara siluetnya yang terstruktur mengekalkan keanggunan identiti Fendi. Rekaan Baguette, yang diperkenalkan oleh Silvia Venturini Fendi pada tahun 1997, menjadi simbol kemewahan dan eksklusiviti.
5. Hermes Birkin 30 Gold on Brown
Birkin menjadi pilihan utama bagi selebriti dan personaliti terkenal, termasuk Vivy Yusof, menambah aura elegannya. Disalut kulit yang sangat berkualiti, ia memberikan sentuhan eksklusif yang tidak dapat disangkal. Butiran logam emas pada penutupan beg menambah lagi nilai estetikanya, kesan mewah yang mudah dipadankan dengan pelbagai busana, dari pakaian kasual hingga ke acara formal.