Mungkin ramai yang masih membayangi wajah manis Bella Dowanna Halim sebagai pelakon cilik yang pernah mencuri perhatian dalam pelbagai drama dan filem tempatan. Dengan lakonan yang bersahaja dan penuh perasaan, Bella berjaya menempatkan dirinya dalam hati penonton sejak usianya masih muda. Namun, tahukah anda bahawa gadis cantik ini kini sudah pun menginjak usia 22 tahun? Masa berlalu pantas, dan begitu juga dengan perkembangan karier seninya.
Daripada seorang pelakon cilik, Bella kini lebih matang dalam pemilihan watak serta pendekatan lakonannya. Dia bukan lagi hanya sekadar wajah comel di kaca TV, sebaliknya kini tampil dengan karakter yang lebih mencabar dan berlapis, membuktikan kebolehannya dalam membawa watak-watak berat dan emosional.
Perjalanan Bella dalam dunia lakonan tidak pernah perlahan, malah semakin pantas bergerak saban tahun. Dengan sokongan peminat dan kepercayaan daripada pengarah-pengarah, Bella terus melangkah gagah dalam arena seni. Komitmennya terhadap setiap projek yang diterima menunjukkan betapa seriusnya dia dalam membina nama sebagai seorang pelakon yang versatil, yang bukan sahaja cantik rupa tetapi juga kaya bakat.
Menariknya, ketika ditanya siapakah girl crush Bella dalam dunia lakonan, tanpa ragu-ragu dia menyebut nama Nabila Huda. Pernah digandingkan dalam filem MAMA, yang bukan sahaja mendapat sambutan hangat tetapi turut meraih pelbagai anugerah berprestij, hubungan profesional mereka telah bertukar menjadi ikatan yang penuh inspirasi. Bella mengakui banyak belajar daripada Nabila, yang dikenali dengan gaya lakonan intense dan penuh jiwa, dan menganggap peluang bekerja bersama idola itu sebagai satu pengalaman yang sangat berharga dalam kariernya.
Jika anda boleh berbual dengan diri anda ketika baru mula berkecimpung dalam industri ini, apakah nasihat yang anda akan beri?
Saya akan menasihati diri saya yang cabaran dalam industri ni sangat-sangat banyak. Adanya pendatang baru yang keep coming dan macam mana saya hendak kekalkan diri untuk sentiasa relevan dengan menjaga attitude apabila bercakap dengan orang dan hati-hati kerana ada segelintir yang tidak menyukai kehadiran kita jadi saya rasa saya nak nasihati diri saya supaya berhati-hati dan jaga your circle of friends dan adab.
Apakah momen paling ‘main character’ yang pernah anda alami dalam hidup?
Saya rasa apabila saya straight up dengan seorang pelakon yang pernah bercakap buruk tentang saya dan itu yang saya rasa momen yang paling “main character” buat saya kerana saya kemukakan sekali dengan bukti yang dia telah memburukan saya.
Apakah satu perkara tentang diri kamu yang paling banyak berubah sejak kecil hingga sekarang?
Saya rasa physically. Dari kecil sampai berisi sehingga kecil semula. Jadi, saya rasa psychically saya yang banyak berubah tetapi saya tak buat muka. Janji! Hahaha
Bagaimana kamu menghadapi ketidakpastian dalam hidup?
Ragu-ragu itu boleh tapi jangan selalu haha! jangan banyakkan sangat ragu-ragu tu sometimes you kena yakin juga dengan you punya choice.
Apa yang mendorong kamu untuk terus maju walaupun menghadapi cabaran?
Saya rasa positive people around me. Kawan-kawan dan parents. Kawan-kawan banyak bagi support termasuklah parents yang banyak memberikan dorangan dari segi lain berbeza dengan kawan-kawan so dia macam different perspectives.
Apakah ada momen tertentu di mana anda rasa paling bebas dan yakin dengan diri anda?
Saya rasa saya bebas bila saya travel. Momen paling bebas dimana saya boleh dress up dengan cara saya apabila travel because that’s the real me! apabila saya bekerja cara saya dress up adalah sebagai karakter yang dilakonkan. Jadi, apabila saya travel saya boleh berjalan kemana sahaja saya mahu dan pakai apa sahaja yang saya suka.
Siapakah wanita yang paling memberi inspirasi dalam hidup anda, dan mengapa?
I would say my mom. Walaupun ibu saya tidak bekerja di dalam industri yang sama tetapi beliau memberi inspirasi buat saya dengan cara beliau menjaga kewangan, dan keluarga. Jadi, saya rasa saya terinspirasi dengannya dan i wanna be strong and systematic like her sebab saya seorang yang boros hehehe
Dalam pandangan anda, apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh wanita dalam kerjaya dan kehidupan seharian, dan bagaimana kita boleh mengatasi cabaran ini?
Saya rasa cabaran terbesar sebagai wanita adalah sentiasa di sexualised oleh lelaki. Bagaimana kita nak elak perkara ini adalah dengan kita kena sentiasa berhati-hati dan jaga diri kita makesure kita keluar berteman dan jangan layan apabila kena catfish!
Bagaimana anda menyokong sesama wanita, sama ada melalui kerjaya atau dalam kehidupan peribadi?
Bagi saya bagaimana tunjukan cara support adalah dengan saya like comment atau repost gambar mereka di sosial media.
Sebagai seorang selebriti wanita, adakah anda pernah menghadapi stigma atau stereotaip tertentu? Bagaimana anda menanganinya?
Bagi saya memang wujud perkara yang membataskan saya sebagai seorang wanita. Saya menghormati perkara itu tetapi jangan lah sampai keterlaluan.
Dalam banyak bidang, wanita sering dinilai berbeza daripada lelaki. Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk mengurangkan stigma terhadap wanita?
Saya rasa kita perlu membuka minda dan tengok dunia ini dengan lebih luas. Kita tidak boleh tengok atau metilai dengan satu level sahaja kita perlu tengok keseluruhannya.
Apakah pendapat anda tentang stigma yang wujud terhadap wanita yang memilih untuk tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak?
Saya rasa kita perlu menghormati pilihan masing-masing. Tetapi yang paling penting adalah berbincang dahulu dengan pasangan anda sebelum berkahwin. Apa yang anda looking forward dalam perkahwinan ini tentang cahaya mata dan sebagainya. Nak dengar cakap masyarakat pun tidak boleh juga because it’s your body kalau you choose tak nak give birth then that’s your choice. Tetapi dalam islam jika kita ada zuriat lagi meriah sesebuah keluarga jadi sebenarnya tergantung pada diri sendiri juga.
Bagi anda, apakah definisi kecantikan yang sebenar, dan bagaimana anda melihat kecantikan luar dan dalam berhubung antara satu sama lain?
Definisi kecantikan sebenar bagi saya adalah cantik luar dan dalam. Sebab saya mempunyai kawan yang cantik jadi saya sangat bersyukur kawan-kawan saya itu adalah cantik di luar dan di dalam dan itu juga merupakan satu rezeki.
Kecantikan kini banyak dipengaruhi oleh media sosial, bagaimana pandangan anda mengenai standard kecantikan yang sering ditonjolkan di platform tersebut?
Standard kecantikan ini memang wujud ibarat seperti template di Instagram tetapi ia bergantung kepada orang atau individu yang menggangap standard kecantikan itu macam mana. Pada pendapat saya tiada masalah pun tentang hal ini tetapi nasihat saya jangan terlalu taksub terhadap sesorang. Tidak salah untuk meminati tetapi jangan taksub sehingga boleh makan diri.
Dalam industri hiburan yang sering menekankan kesempurnaan, bagaimana anda berani menonjolkan kecantikan asli anda tanpa terikat dengan standard yang ditetapkan?
Dengan menjadi diri sendiri. Saya berani kerana saya selalu dengan prinsip ‘this is me’. Kalau saya mahu kelihatan cantik atau kurus saya mahu lakukan kerana diri saya. Itu adalah perkara yang saya lakukan. Apa yang buat semua untuk diri saya sendiri bukan sebab orang lain.
Pernahkah anda mengalami cabaran atau kritikan kerana cara anda mengekspresikan kecantikan? Bagaimana anda Berhadapan dengan situasi itu?
Alhamdullilah tidak pernah. Dan saya harap tidak akan pernah sebab this is the way saya pakai dan this is the way I express my beauty.
Bagaimana anda menangani kritikan atau komen negatif?
Bagi saya kritikan atau komen itu akan sentiasa ada walau macam mana kita cuba elak. Stepping in this industry kita kena aware yang kita akan kena kritikan, tidak kira lah apa sekali pun. Jadi saya rasa kita cuma perlu embrace diri sendiri sahaja.
Jika anda boleh memberi mesej kepada dunia tentang kecantikan, apakah ia?
Jadi diri sendiri. Kalau you suka gelak kuat you gelak je tidak perlu cover. Tapi tetap kena ada adab. Apa yang Penting just be yourself!
Arahan Kreatif: Khairul Abidin, Fotografi: Bibo Aswan, Arahan Seni: Amirul Arif, Penata Gaya: Khairul Abidin & Erdina, Penyelaras Kandungan Digital: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Solekan: Sheng Saw(menggunakan Wardah), Pakaian: Uniqlo.
Artikel Berkaitan: Bella Dowanna Halim, Kemilau ‘Child Actor’ Terus Bersinar