Shop till drop selama 66 jam di Absolut Bazaar Festival Gaya Raya!
Demam persiapan Raya semakin terasa dan antara acara paling dinanti setiap tahun sudah tentu, Absolut Bazaar Festival Gaya Raya yang kembali berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC KL) dari 13 hingga 15 Mac.
Menariknya, festival ini berlangsung selama 66 jam tanpa henti (non-stop), menjadikannya antara bazar raya terbesar dan paling meriah di Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran lebih 300 vendor yang menawarkan pelbagai produk daripada fesyen raya, tudung, aksesori, makanan viral, kosmetik hingga dekorasi rumah.
Bagi yang merancang untuk datang, sedikit strategi sebenarnya boleh membantu pengalaman membeli-belah jadi lebih lancar dan menyeronokkan.
Jika ini kali pertama anda ke Absolut Bazaar atau ingin elakkan kesesakan dan penat berjalan tanpa arah, ini tip datang Absolut Bazaar Festival Gaya Raya di MITEC KL yang boleh anda praktikkan.
1. Datang selepas subuh
Jika anda serius mahu shopping dengan tenang, datang seawal selepas Subuh adalah strategi terbaik. Waktu ini biasanya pengunjung masih belum terlalu ramai, jadi anda boleh berjalan dengan lebih selesa dan melihat produk dengan lebih dekat tanpa perlu bersesak. Selain itu, beberapa vendor juga menawarkan stok paling lengkap pada waktu awal pagi.
2. Naik motor untuk elak trafik
Kawasan sekitar MITEC sering sesak apabila acara besar berlangsung. Jika boleh, datang dengan motosikal kerana ia lebih mudah untuk parkir dan mengelakkan kesesakan trafik. Ini juga menjimatkan masa berbanding memandu kereta yang mungkin perlu beratur panjang untuk parking.
3. Mulakan dari Hall A dahulu
Sebaik sahaja tiba, mulakan eksplorasi di Hall A terlebih dahulu. Di sini terdapat banyak peniaga, tetapi biasanya pengunjung tidak seramai di hall utama. Selepas selesai, barulah anda bergerak ke hall yang lebih besar yang selalunya menjadi tumpuan utama orang ramai.
4. Bawa luggage atau beg shopping besar
Dengan ratusan vendor menawarkan pelbagai barangan menarik, kemungkinan besar anda akan membeli lebih daripada yang dirancang. Jadi, bawa luggage kecil atau beg shopping besar untuk memudahkan anda menyimpan semua barangan tanpa perlu menanggung berat sepanjang berjalan di bazar.
5. Sediakan cash & bajet secukupnya
Walaupun ramai vendor kini menyediakan pembayaran digital, membawa wang tunai secukupnya tetap penting. Ia memudahkan transaksi, terutama ketika talian internet perlahan atau vendor hanya menerima cash. Dalam masa sama, tetapkan bajet perbelanjaan supaya anda tidak terlebih shopping.







