Kami bertanyakan soalan ringkas kepada EH!Sociates, Zurnadia, Tengku Mer dan Atillia berkenaan gaya menjelang hari raya yang bakal tiba!
EH: Adakah anda ada “signature style” setiap kali raya?
Zurnadia: Biasanya saya suka gaya yang simple dan clean. Siluet klasik, warna neutral namun menyerlah dalam gambar, tapi masih nampak kemas dan elegan.
Tengku Mer: Saya ada tradisi sendiri di mana setiap kali raya, saya akan pakai white outifit for every first day of Raya. Ia telah menjadi signature untuk setiap tahun, memakai warna putih pada hari pertama kerana ia juga melambangkan “suci” untuk hari pertama Raya.
Atillia: Saya sentiasa memilih gaya “Classic Traditional”, dengan memakai busana klasik seperti kebarung atau kebaya. Gaya ini melambangkan warisan dan keanggunan that never goes out of style!
EH: Anda lebih suka gaya raya yang minimal atau yang lebih menonjol?Zurnadia: Saya lebih cenderung kepada gaya minimal. Bagi saya, bila potongan dan warna dah cantik pun dah okay, lebih “kena” dengan gaya sendiri.
Tengku Mer: Saya sentiasa memilih gaya yang simple, chic, dan selesa untuk Raya.
Atillia: Mestilah nak stand out! Gunakan eyeshadow yang terang dan shimmery, serta berani mix and match corak dan warna. Ada sebulan untuk all out, glam it up and use it wisely!

EH: Apa aksesori yang anda rasa wajib ada untuk melengkapkan gaya raya?
Zurnadia: Saya rasa selendang bahu. Tahun lepas saya mula gayakan selendang dengan baju Raya dan ia terus beri vibes Raya yang lebih klasik dan elegan. Tahun ini rasanya semua orang boleh cuba, hanya gunakan tudung bawal atau selendang dan padankan dengan baju Raya.
Tengku Mer: Buat Lelaki, saya rasa songkok dan jam tangan analog klasik adalah satu kemestian untuk mereka miliki semasa Raya.
Atillia: Saya suka menggayakan rambut saya sebaik mungkin supaya melengkapkan baju Raya. Saya gemar bereksperimen dengan pelbagai jenis bunga, cucuk sanggul tradisional dan lain-lain. Rambut saya adalah statement piece saya!

EH: Trend yang anda rasa bakal muncul di hari raya?
Zurnadia: Saya nampak banyak baju Raya dengan elemen klasik kembali popular, seperti potongan tradisional dan mandarin style. Dari segi warna pula, kombinasi seperti strawberry dan matcha serta color-block juga nampak semakin trending untuk Raya tahun ini.
Tengku Mer: Saya memang tidak sabar nak lihat pelbagai trend matcha strawberry yang semua gadis akan gayakan dengan baju kurung mereka.
Atillia: Selendang, saya nampak banyak jenama menyediakan selendang dengan setiap pembelian baju Raya! Walaupun kita sebagai perempuan kadang-kadang pakai hanya untuk lima minit OOTD, ia memang mampu menaikkan keseluruhan gaya Raya .

EH: Tip gaya raya untuk yang ingin nampak cantik atau segak?
Zurnadia: Pilih pakaian yang selesa dan kemas. Lengkapkan dengan makeup, dan juga sampin untuk lelaki. Sebab hari Raya memang masa untuk kita melawa sedikit. Dan jangan lupa ambil OOTD!
Tengku Mer: Saya rasa masa Raya, anda hanya perlu gayakan mengikut gaya peribadi sendiri. Kalau anda seorang maksimalis, pergi sahaja all out. Kalau minimalis, pilih gaya yang lebih clean dan simple. Tapi yang paling penting, pastikan selesa dengan pakaian anda, barulah seronok nak makan-makan waktu beraya.
Atillia: Kunci utamanya ialah mesti rasa yakin tanpa berlebihan. Cara saya ialah buat visual moodboard dan pilih warna yang sesuai untuk menyerlahkan tona kulit. Selepas memilih satu pakaian utama, lengkapkan “puzzle” dengan menggunakan aksesori, beg, dan kasut lama yang sedia ada dalam almari.
Padankan semula dengan cara yang berbeza untuk memberi nafas baharu pada outfit. Dengan cara ini, anda boleh mencipta gaya Raya yang unik sambil kekal praktikal dan jimat!
