Makeup mula crack, nampak bercapuk atau cepat cair apabila berdepan cuaca panas?
Jika anda mengalami masalah di atas, itu sebenarnya petanda kulit anda perlukan sedikit perhatian.
Suhu yang tinggi, peluh dan kulit yang dehidrasi boleh membuatkan solekan sukar untuk kekal sempurna sepanjang hari.

Tetapi jangan risau, dengan beberapa langkah mudah dan teknik yang betul, anda masih boleh memastikan makeup kekal segar, flawless dan tahan lama walaupun cuaca panas terik.
Beberapa game changer yang boleh membantu makeup anda kekal on point dari pagi hingga ke petang.

1. Mulakan dengan primer
Primer membantu melicinkan tekstur kulit serta membuatkan bedak asas lebih melekat dan tahan lama. Ia juga membantu mengawal minyak berlebihan ketika cuaca panas.

2. Pilih bedak asas matte dan long-lasting
Bedak asas dengan formula matte atau longwear biasanya lebih tahan terhadap peluh dan minyak berbanding foundation dewy.

3. Gunakan loose setting powder
Setting powder membantu mengunci bedak asas serta mengurangkan minyak pada wajah sepanjang hari.

4. Gunakan teknik “Bake” pada kawasan berminyak
Teknik baking (biarkan powder beberapa minit sebelum disapu) membantu makeup tahan lebih lama terutama pada kawasan T-zone.

5. Gunakan blotting technique sepanjang hari
Daripada menambah lapisan makeup, gunakan powder ringan untuk menyerap minyak tanpa merosakkan solekan.

6. Pilih produk waterproof…
Celak mata, pembayang mata dan pensel kening haruslah waterproof , tahan lebih lama terhadap peluh dan kelembapan.

7. Double the lipstick game!
Untuk memastikan solekan bibir kekal cantik walaupun cuaca panas, anda boleh menggabungkan penggunaan pelembap bibir dan gincu dalam rutin makeup. Mulakan dengan sapuan lip balm untuk melembapkan bibir dan mengelakkan tekstur kering atau crack, kemudian blot (kemam bibir di tisu, atau hujung jari untuk menanggalkan lebihan minyak dan produk) sedikit sebelum mengaplikasikan gincu bagi mendapatkan warna yang lebih sekata dan tahan lama.

8. Gunakan setting spray selepas makeup
Setting spray membantu “lock” keseluruhan solekan supaya tidak mudah cair walaupun berpeluh. Setting spray membantu makeup kekal lebih lama dan mengurangkan keperluan touch-up.
