Siapakah Glam Team yang mempersiapkan Bella Astillah di hari bahagianya?
Hari pertunangan adalah saat di mana setiap perincian kecil menjadi saksi keindahan dan cerita peribadi seseorang.
Di sebalik kilauan cincin dan cahaya kamera di hari pertunangan Bella Astillah, terdapat pasukan profesional di belakang tabir yang memastikan setiap helaian rambut, sapuan solekan dan helaian fesyen berjalan lancar.

Dari awal pagi, ruang persiapan dipenuhi dengan suasana sibuk tetapi teratur, dari kotak kosmetik dibuka, helai kain digosok dan lampu-lampu bersinar menyorot wajah Bella yang berseri.

Di sinilah setiap magis berlaku dimana pendandan rambut, jurusolek, penata gaya, dan pakar fesyen bersatu untuk membentuk naratif visual yang mencerminkan personaliti dan keanggunan Bella.
Intai Glam Team di hari pertunangan Bella Astillah:

Solekan oleh Aiman Shahiran
Bibir palet tona lembut, mata bercahaya dan kulit yang memancarkan seri natural, semua ini adalah hasil tangan magis Aiman Shahiran. Dengan palet neutral dan highlight yang halus, Aiman memastikan kecantikan semula jadi Bella menonjol, sambil menambahkan sentuhan glamour yang tepat untuk hari bersejarahnya.

Rambut oleh Syuk Qadir
Rambut Bella diolah dengan penuh naratif oleh Syuk Qadir. Gelombang lembut di belah kanan yang jatuh memeluk wajahnya, dihiasi selendang bersulam menutupi sebahagian rambut, mencipta keseimbangan sempurna antara kelembutan elegan dan gaya klasik. Setiap sentuhan dipastikan selari dengan tema glamor klasik bertemu kontemporari.

Penata Gaya oleh Bry bersama Fatin Hasha
Setiap helaian fesyen Bella dirancang dengan teliti oleh Bry, dengan pertolongan Fatin Hasha, memastikan keseluruhan penampilan harmoni. Dari pemilihan warna, potongan kontemporari hingga perincian yang halus, pasukan ini memadankan setiap aksesori dan kain untuk menyerlahkan aura feminin Bella tanpa berlebihan di hari bahagianya.

Fesyen – Sentuhan Akhir oleh Altelia Amani
Untuk menutup keseluruhan penampilan, Altelia Amani mereka fesyen Bella bukan sekadar cantik, tetapi menjadi naratif visual. Baju kurung tradisonal labuh, pilihan warna biru pastel lembut, potongan minimalis yang menawan diserta perincian manik berat di tulang belut, menekankan personaliti Bella yang ringkas dan aura manis.
Baca: Gaya Selebriti Hadir Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq
