Dyson secara rasmi melantik Jang Won Young dan Park Bo Gum sebagai duta baharu Asia Pasifik (APAC). Kolaborasi ini menandakan langkah lebih agresif Dyson dalam mengukuhkan posisi mereka dalam dunia beauty tech dan juga inovasi rumah pintar.
Dalam langkah yang mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia gaya hidup moden, Dyson secara rasmi melantik Jang Won Young dan Park Bo Gum sebagai duta baharu Asia Pasifik (APAC). Kolaborasi ini menandakan langkah lebih agresif Dyson dalam mengembangkan pengaruhnya dalam dunia beauty tech dan inovasi rumah pintar yang kini semakin dekat dengan rutin harian pengguna.
Apa yang menjadikan pelantikan ini menarik adalah relevansinya dengan gaya hidup masa kini. Teknologi bukan lagi sekadar fungsi, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada identiti, ekspresi diri dan cara kita menjalani kehidupan seharian lebih mudah, lebih efisien dan tentunya lebih intentional.
Dua Ikon, Dua Naratif Berbeza
Pemilihan kedua-dua figura ini membawa dua naratif berbeza. Jang Won Young, yang terkenal dengan imej youthful dan signature rambut sihat berkilau, dilantik sebagai wajah utama untuk Dyson Hair Devices, memberi fokus kepada fleksibiliti penggayaan tanpa kerosakan haba, selari dengan teknologi Dyson yang menitikberatkan kesihatan rambut. Malah, Won Young sendiri berkongsi bagaimana rambut memainkan peranan penting mewakili generasi yang melihat rambut sebagai medium ekspresi diri. Sama ada di atas pentas atau dalam kehidupan harian, gaya rambut menjadi sebahagian daripada identiti.
“Sebagai seorang idol, rambut adalah sebahagian besar daripada setiap konsep yang saya bawakan. Dyson Airwrap membantu saya bereksperimen dengan pelbagai gaya sambil memastikan rambut saya kekal sihat.”
Sementara itu, Park Bo Gum pula membawa dimensi yang lebih luas dan grounded. Dengan imej yang dipercayai dan dekat di hati ramai, dia dipilih untuk mewakili keseluruhan ekosistem Dyson daripada penjagaan rambut hingga ke teknologi rumah pintar. Menurut Park Bo Gum, teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan hariannya.
“Rumah adalah tempat saya recharge, dan teknologi memainkan peranan besar untuk menjadikannya lebih selesa dan efisien. Inovasi Dyson sentiasa mengagumkan saya, dan saya teruja untuk berkongsi nilai kejuruteraan ini dengan semua.”
Peranannya akan memberi fokus kepada inovasi praktikal, termasuk sistem pembersihan berasaskan AI yang direka untuk mengesan dan membersihkan kotoran dengan lebih efisien. Ia bukan sekadar teknologi canggih, tetapi solusi yang benar-benar memudahkan rutin harian.
Gabungan Jang Won Young dan Park Bo Gum mencerminkan strategi Dyson yang lebih besar di rantau ini menghubungkan teknologi berprestasi tinggi dengan rutin sebenar pengguna. Sama ada menggayakan rambut sebelum keluar rumah atau memastikan ruang kediaman sentiasa bersih, semuanya tentang menjadikan teknologi lebih relevan dalam kehidupan seharian.
Ini juga selari dengan pelaburan besar Dyson dalam inovasi, khususnya dalam kategori kecantikan, yang memberi fokus kepada teknologi yang lebih pantas, efektif dan mudah digunakan tanpa mengorbankan hasil.
Artikel Berkaitan: 5 Hal Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuat Veneer Gigi



