Solekan cakey? Mungkin anda perlu ubah cara aplikasi cushion foundation anda.
Walaupun cushion foundation sering dianggap sebagai produk kecantikan paling mudah digunakan, teknik yang salah boleh menyebabkan hasil solekan nampak tebal, tidak sekata dan cepat berminyak.
@trevorbarrett Do’s & Don’ts of Cushion Foundation🎓🩵Save this for later!🥰Using @TIRTIR Inc. Red Cushion In 17C (Not sponsored) #makeuptutorial #makeuphacks #koreanmakeup #cushionfoundation
Daripada cara menekan puff, jumlah produk yang digunakan hinggalah kepada persediaan kulit sebelum solekan, semuanya memberi kesan kepada hasil akhir.
Ramai yang tidak sedar bahawa kesilapan kecil inilah yang membuatkan makeup kelihatan “cakey” dan kurang tahan lama.
Jom semak Do’s & Don’ts serta tip aplikasi cushion foundation supaya solekan anda nampak lebih fresh dan glowing.

Mulakan dengan kulit yang lembap
Sebelum mengaplikasikan bedak asas, pastikan kulit anda berada dalam keadaan yang cukup lembap. Gunakan moisturizer yang ringan untuk menghidrat kulit, diikuti dengan primer yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada untuk kawal minyak, mengecilkan pori atau memberi efek glowing. Kulit yang cukup hidrasi akan membantu bedak asas melekat dengan lebih baik dan mengelakkan hasil solekan daripada kelihatan kering, patchy atau bercapuk.
Pegang puff dengan dua jari
Cara memegang puff juga memainkan peranan penting! Gunakan dua jari untuk memegang puff kerana ia memberi kawalan yang lebih stabil dan memudahkan anda untuk menepuk bedak asas secara sekata pada wajah. Teknik ini juga membantu anda mengawal tekanan semasa aplikasi, jadi bedak asas tidak terlalu tebal di satu kawasan sahaja.

Dap cushion di dalam compact terlebih dahulu
Jangan terus tekan puff terlalu kuat pada cushion. Sebaliknya, ambil produk secara perlahan dengan teknik “dap” supaya jumlah bedak asas yang diambil lebih terkawal. Ini penting untuk mengelakkan solekan menjadi terlalu tebal atau cakey. Jika perlu, anda boleh build coverage secara berlapis (layering) untuk mendapatkan hasil yang diinginkan tanpa menjejaskan tekstur kulit.
Fokus pada bahagian tengah wajah
Mulakan aplikasi di bahagian tengah wajah seperti pipi dan kawasan sekitar hidung kerana di sinilah biasanya terdapat kemerahan atau ketidaksempurnaan. Dari situ, ratakan bedak asas ke arah luar wajah menggunakan teknik tepukan lembut. Cara ini membantu menghasilkan kemasan yang lebih natural dan tidak nampak berat, seolah-olah kulit anda sendiri yang flawless.
Gunakan hujung puff untuk kawasan kecil
Untuk kawasan yang lebih kecil dan sukar dicapai seperti bawah mata, tepi hidung atau sekitar mulut, gunakan bahagian hujung puff. Teknik ini membolehkan aplikasi menjadi lebih tepat dan kemas tanpa mengganggu solekan di kawasan lain. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan bedak asas berkumpul di garis halus, terutamanya di bawah mata.
