Sudah menjadi kepentingan untuk melengkapkan gaya harian atau special occasion dengan barang kemas, dijadikan juga sebagai simbol gaya serta personaliti seseorang.
Tidak kira yang minimalis atau yang lebih menonjol, semuanya mampu menyerlahkan keseluruhan penampilan dan memberikan sentuhan akhir yang lebih refined. Kini, jenama lokal juga tampil dengan rekaan aksesori yang tidak kurang hebatnya, sesuai untuk pelbagai gaya dan cita rasa. Ini merupakan 5 jenama lokal yang harus ada dalam koleksi anda:
ORANDA
Oranda Jewelry membuktikan gaya minimalis masih mampu mencuri perhatian tanpa perlu berlebihan. Diperbuat daripada solid 925 sterling silver, setiap rekaan hadir dengan sentuhan sculptural yang moden dan kemas.
Menampilkan estetika uniseks, koleksi seperti cincin Helix, anting-anting Rift dan gelang Odyssey mudah disuai padan untuk gaya harian atau special occasion. Rekaan yang ringkas tetapi terperinci ini menjadikannya pilihan tepat bagi mereka yang menghargai keseimbangan antara klasik dan kontemporari.
Lebih menarik, Oranda Jewelry turut menawarkan servis penjagaan dan pembaikan, memastikan setiap helaian kekal cantik dan tahan lama.
Wanderlust + Co
Wanderlust + Co bermula sebagai jenama dari Kuala Lumpur dan kini berkembang ke peringkat global. Label ini menampilkan barang kemas demi-fine yang moden dan sesuai untuk kegunaan harian.
Menggunakan material seperti 14k gold plating dan sterling silver, kebanyakan rekaan juga “shower-safe”, menjadikannya lebih tahan lama dan mudah dijaga. Daripada rantai leher hingga cincin dan anting-anting, setiap helaian direka untuk digayakan secara layering atau dipakai sendiri mengikut cita rasa.
Dengan pendekatan conscious crafting, Wanderlust + Co turut menggunakan bahan kitar semula serta bekerjasama dengan artisan mahir. Kini, jenama ini terus menjadi pilihan bagi mereka yang mencari aksesori yang praktikal, selesa dan relevan dengan gaya semasa.
MYJN
Dikenali dengan rekaan minimalis dan sculptural, setiap helaian dihasilkan daripada sterling silver, gold vermeil dan brass melalui pendekatan small-batch serta made-to-order.
Mengangkat konsep “quiet luxury”, aksesori dari MYJN menampilkan rekaan yang kemas dan terperinci, sering diinspirasikan daripada objek harian serta bentuk seni bina. Setiap koleksi memberi penekanan kepada keseimbangan bentuk dan fungsi, menjadikannya mudah dipadankan untuk gaya harian.
Dengan pengeluaran terhad dan rekaan yang jarang diulang, setiap helaian membawa rasa lebih eksklusif. MYJN juga menekankan penggunaan bahan yang lebih manjaga alam sekitar seperti recycled silver, selari dengan pendekatan penghasilan yang lebih beretika dan teliti.
MOODD.
Menampilkan rekaan minimalis dan moden, setiap koleksi direka untuk mudah digayakan serta sesuai untuk layering harian.
Menggunakan material seperti gold vermeil, sterling silver, stainless steel dan natural pearls, MOODD. menekankan kualiti yang tahan lama serta selesa dipakai. Antara koleksi popular termasuk Celine Cuban Chain Ring, Trinity Mini Pearl Chain dan Ouvrir Index Ring yang menampilkan gaya ringkas tetapi kemas.
Dengan pendekatan “modern heirlooms”, jenama ini menggabungkan elemen klasik dan kontemporari dalam rekaan yang versatile. Setiap helaian direka untuk dipakai setiap hari, sama ada digayakan secara begitu sahaja atau dilapis untuk memberi variasi pada penampilan.
Joanne T
Tidak seperti yang jenama lain, kali ini dengan aksesori wajah, Joanne T merupakan jenama jewellery kontemporari dari Malaysia yang dikenali dengan rekaan conceptual dan sculptural. Menampilkan aksesori wajah seperti ear cuff dan nose cuff, setiap helaian dihasilkan sebagai ekspresi moden yang melangkaui fungsi aksesori biasa.
Koleksi “Not Your Average Beauty” menjadi signature dengan rekaan yang menonjolkan struktur wajah melalui bentuk halus dan adaptif. Menggunakan material seperti 18-karat gold, diamond dan pearl, setiap rekaan dihasilkan dengan kemasan teliti.
Berinspirasikan objek harian dan elemen tribal, Joanne T menggabungkan seni dan wearable art dalam satu rekaan, sesuai untuk gaya editorial hingga penampilan malam yang lebih moden.
Baca: Gaya Terbaik Dari Jelajah Media The Devil Wears Prada 2
