Crispy di luar, gebu fluffy di dalam…
Setiap suapan terasa ringan, lembut seperti awan, ditambah pula dengan topping manis yang mencair di mulut, pancake fluffy kini jadi pilihan utama untuk brunch santai atau dessert hunting di sekitar Lembah Klang.

Daripada souffle pancake yang tinggi dan airy hingga ke versi klasik yang dimodenkan, kafe-kafe kini menawarkan pengalaman rasa yang bukan saja sedap, tapi jugas esuai untuk lepak hujung minggu atau catch up bersama kawan.
Craving sesuatu yang manis, lembut dan memuaskan? Ini 5 kafe pancake fluffy di Lembah Klang yang wajib masuk dalam list anda!

1. Hot Buns Co.
Terletak di APW Bangsar, kafe ini bukan sekadar terkenal dengan burger mereka, tapi juga menu brunch yang cukup menggoda, termasuk pancake yang jadi rebutan hujung minggu.
Lokasi: B-04, 29, Jalan Riong, APW Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Rabu – Khamis (12.00 petang sehingga 11.00 malam) & Sabtu – Ahad (9.00 pagi sehingga 11.00 malam)

2.Sip N’ Slice
Simple, cozy dan santai, kafe ini memang sesuai untuk lepak sambil craving sesuatu yang manis. Walaupun lebih dikenali dengan pizza handmade mereka, Sip N’ Slice juga ada pilihan manisan yang boleh satisfy sweet tooth anda.
Menawarkan pelbagai menu pancake, dari tekstur yang lembut, fluffy dan ringan, pilihan terbaik untuk makan santai tanpa rasa terlalu berat. Sesuai untuk hangout dengan kawan sambil enjoy vibe kafe yang chill.
Lokasi: 1, Jalan Bandar 2, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 pagi sehingga 9.30 malam)

3. Kenny Hills Bakers, Bangsar
Antara menu yang wajib cuba di sini ialah Golden Hour Pancakes, dihidangkan dengan tekstur crispy ringan di luar dan gebu fluffy di dalam.
Rasa buttery yang lembut dengan sentuhan manis yang tak terlalu kuat, sungguh sempurna untuk brunch santai sambil nikmati suasana kafe yang cozy dan aesthetic.
Lokasi: G-01, Ground Floor, Wisma TJB, 2, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi sehingga 10.00 malam)

4. Construct KL
Construct KL ialah pengalaman makan pancake yang pertama seumpamanya di Kuala Lumpur dengan konsep intimate dining. Direka untuk small gatherings, slow mornings, late-night conversations, dan momen-momen yang benar-benar bermakna.
Suasana kafe yang minimal, tenang dan aesthetic menjadikannya tempat sesuai untuk lepak santai sambil menikmati masa berkualiti.
Lokasi: G5, The Stories of Taman Tunku, Jln Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Smith – Wood-Fired Bakery & Cafe
Di Smith, anda boleh menikmati German Pancakes yang gebu dan lembut berasaskan telur dengan tekstur yang ringan dan fluffy. Pancake ini boleh dimakan secara simple dengan mentega Perancis dan madu, atau dipadankan dengan pisang karamel, beri segar dan coklat gelap. Kalau nak lebih indulgent, tambah aiskrim memang lagi padu!
Lokasi: 71, Jln Setia Bakti, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 pagi sehingga 6.00 petang)
