Sudah miliki baju konvokesyen ke belum?
Kalau belum, ini sebenarnya antara “to-do list” untuk baju konvokesyen, paling penting untuk para graduan wanita menjelang hari bersejarah nanti.
Hari konvokesyen bukan sekadar tentang bergambar di atas pentas atau menerima skrol semata-mata, tetapi juga tentang bagaimana anda meraikan pencapaian besar dengan penuh gaya, keyakinan dan personaliti diri.
EH! kongsikan 5 trend baju konvokesyen terkini untuk graduan wanita yang boleh dijadikan inspirasi supaya anda tampil lebih standout dan cantik di kamera.
1. Struktur Premium
Trend baju kurung moden berkonsep struktur premium ini menekankan potongan yang lebih kemas, tajam dan “tailored”, seakan-akan dibuat khas mengikut bentuk badan pemakai. Fabrik yang digunakan biasanya daripada material eksklusif seperti satin premium, crepe berat atau duchess silk yang memberi jatuhan lebih rapi.
Efek pada pemakai membuatkan pemakai kelihatan lebih tegap, profesional dan elegan. Ia memberi ilusi penampilan yang sangat polished, sesuai untuk graduan yang mahu tampil yakin, matang dan berkelas di hari konvokesyen.
2. Kebaya Labuh
Kebaya labuh merupakan gabungan elemen kebaya klasik dengan sentuhan moden yang lebih panjang dan sopan. Ia sering dipadankan dengan kain flowy atau skirt potongan mermaid yang lembut, menjadikan keseluruhan penampilan lebih feminin tetapi masih kekal tradisional.
Gaya ini memberi ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing, menyerlahkan aura anggun dan lembut pada pemakai. Timeless, sopan dan cantik, 3 makna yang cukup melambangkan aura wanita bekerjaya.
3. Monokrom Saree
Trend monokrom saree diinspirasikan daripada draping saree aau cetakan saree tetapi diolah dalam satu tona warna sahaja seperti putih, nude, hitam atau beige. Ia lebih minimal dengan lipatan kain yang kemas, memberi sentuhan fusion antara tradisional dan moden.
Penampilan akan nampak lebih chic, moden dan high fashion tanpa perlu elemen berlebihan. Gaya ini memberi vibe elegan yang subtle tetapi tetap menarik perhatian, sesuai untuk graduan yang suka gaya simple tapi classy.
4. Draping Baluti Badan
Draping baluti badan menekankan teknik lilitan atau susunan kain yang mengikuti bentuk tubuh secara lembut dan flowy. Biasanya draping ini diletakkan pada bahu, pinggang atau bahagian kain untuk mencipta efek berlapis yang cantik dan natural.
Ia memberi ilusi bentuk badan yang lebih feminin, lembut dan berlekuk. Dalam masa yang sama, gaya ini juga menambah elemen dramatik yang sangat cantik dalam gambar, menjadikan penampilan lebih standout dan memukau.
5. Glam Manik
Glam manik menampilkan baju kurung moden yang dihiasi dengan manik, kristal atau labuci yang disusun secara halus atau fokus pada bahagian tertentu seperti lengan, dada atau hujung baju. Kilauan yang dihasilkan memberi sentuhan mewah tanpa terlalu berlebihan.
Ia membuatkan pemakai tampak lebih bersinar, glam dan “eye-catching”, terutamanya di bawah cahaya kamera atau pentas.
