Ada sesuatu tentang laut, ia melambatkan waktu, melembutkan fikiran, dan dalam masa yang sama, membuka ruang untuk kita benar-benar hadir dalam setiap detik. Itulah yang saya rasakan sepanjang tiga hari dua malam di atas Dream Cruises bersama Kiehl’s.
Bayangkan tiga hari dua malam yang dipenuhi angin laut, aktiviti menyeronokkan dan rutin kecantikan yang terasa effortless, itulah pengalaman yang saya lalui baru-baru ini bersama Kiehl’s di atas kapal Dream Cruises. Lebih daripada sekadar trip biasa, ini adalah gabungan gaya hidup, kecantikan dan escapism yang cukup worthy.
Seawal kaki menjejak kapal, aura percutian terus terasa, daripada wardrobe bertemakan putih, kuning dan denim hinggalah ke itinerary yang penuh dengan momen curated. Namun apa yang paling best? Ada masa untuk ikut aktiviti rasmi, dan ada juga ruang untuk eksplorasi sendiri.
Hari pertama
Segalanya bermula sebelum matahari terbit, dengan perjalanan yang membawa kami terus ke pelukan laut. Saat kaki melangkah ke atas kapal, dunia seolah berubah tempo, lebih perlahan, lebih ringan.
Hari pertama bergerak dalam ritma yang santai. Selepas makan tengah hari, masa free and easy terasa seperti jemputan terbuka untuk hilang seketika dalam ruang-ruang kapal yang luas. Saya memilih untuk merayau, membiarkan rasa ingin tahu memandu langkah, dari dek yang dibasahi cahaya matahari hingga ke sudut-sudut yang menyimpan pelbagai kemungkinan.
Petang diisi dengan sesi bersama Kiehl’s, memperkenalkan pelancaran terbaharu mereka, Better Screen™ UV Serum, sebuah formulasi yang terasa lebih seperti skincare berbanding sekadar pelindung matahari. Teksturnya ringan, hampir sehalus serum, menyerap pantas ke dalam kulit tanpa rasa melekit, meninggalkan kemasan yang invisible seolah-olah kulit hanya tampil lebih sihat, segar dan naturally radiant.
Apa yang benar-benar membezakan adalah gabungan SPF 50+ dengan perlindungan UVA dan UVB, satu lapisan perlindungan penting dalam menangani kesan sinaran matahari seperti sunspots dan penuaan pramatang. Namun, keistimewaannya tidak terhenti di situ.
Diperkaya dengan collagen peptide, ia membantu memperhalus tekstur kulit sambil memberikan efek yang lebih lembut dan bercahaya, seakan menyatukan fungsi perlindungan dan pemulihan dalam satu sapuan yang effortless. Lebih menarik, formulanya juga berfungsi cantik sebagai primer, mencipta asas yang licin dan sekata untuk solekan, membuatkan makeup lebih mudah diaplikasi dan tahan lebih lama. Dipakai di bawah makeup? Flawless!
Menjelang malam, suasana berubah menjadi lebih gemerlap. Red carpet dibentang, lampu-lampu menyala, dan persembahan hebat. berkumpul dalam satu ruang di Zodiac Theatre untuk menyaksikan persembahan menarik, “Colour My World”. Malam pertama berakhir dengan makan malam bersama dan rasa teruja untuk hari seterusnya.
Hari kedua
Pagi kedua membawa kami ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang sentiasa punya cerita untuk dikongsi.
Di Cheong Fatt Tze Mansion atau Blue Mansion, masa seolah-olah berhenti seketika. Dinding biru yang ikonik bukan sekadar latar foto, tetapi saksi kepada sejarah yang berlapis tentang warisan, tentang kehidupan lampau yang masih bernafas dalam setiap ruang. Kami berjalan perlahan, mendengar kisah demi kisah, selepas duduk menikmati makan tengah hari di Indigo Restaurant.
Perjalanan diteruskan dengan beca menyusuri Armenian Street. Angin petang menyapa lembut, membawa bersama bunyi kota dan warna-warni mural yang menghiasi jalanan. Ada ketenangan dalam gerak yang perlahan ini, seolah memberi ruang untuk benar-benar melihat.
Kembali ke kapal, ritma berubah sekali lagi. Dari tenang ke bertenaga. Petang itu, kami meluangkan masa bermain pickleball dan zipline.
Malam menjelma dengan rasa yang lebih intim. Makan malam di Umi Uma menjadi penutup hari, dikelilingi gelak tawa dan perbualan.
Hari ketiga
Hari terakhir hadir dengan lembut, seperti enggan benar-benar berakhir. Di bawah langit yang masih samar, kami memulakan pagi dengan sesi yoga, gerakan perlahan, nafas yang panjang sementara laut terbentang luas menjadi latar yang tenang dan menenangkan jiwa.
Selepas sarapan, saya memilih untuk mencabar diri dengan aktiviti zipline, waterslides dan beberapa aktiviti lain yang kembali menghidupkan denyut adrenalin. Di tengah keluasan laut, rasa itu jadi aneh tetapi indah. Setiap pandangan ke arah laut terasa seperti ucapan selamat tinggal yang berat, namun sukar dilepaskan.
Apabila kapal akhirnya berlabuh, ia menandakan berakhirnya sebuah perjalanan yang singkat, namun cukup bermakna untuk mengisi ruang-ruang yang selama ini mungkin tidak kita sedari sedang kosong.
Dan yang paling melegakan, walaupun sepanjang berada di tengah laut dan terdedah pada cahaya matahari, wajah tetap terasa segar tanpa sunburn, berkat perlindungan Better Screen™ UV Serum daripada Kiehl’s.
Baca: Kulit Lebih Licin Dan Berseri Dengan Kiehl’s Glass Skin Duo





























