GET DRESSED. Rekaan gaun kembali menguasai trend manakala rona bertemakan hati tidak lari daripada menjadi sumber ilham. Dipakai dengan aura romantis, rekaan dilihat tidak terlalu dramatik tetapi masih menonjolkan elemen seksi dan feminin, bersesuaian dengan tema cinta yang mewarnai suasana.
Potongan gaun labuh
Gaun labuh tidak pernah menghampakan penonjolan imej yang lebih seksi. Rekaan gaun polos nan ringkas sekaligus menampilkan silhouette yang menawan. Pemilihan fabrik juga perlu bersesuaian agar tidak mencelakan mana-mana bahagian badan. Aksesori? Tidak terlalu sarat kerana karakter gaun yang digayakan sudah memadai untuk tampil fashionable. Beg clutch di tangan dan sepatu strappy heels juga ‘kena’ dengan gaya.
1. Dior
2. Victoria Beckham
3. Escada
4. Emilio Pucci
5. Dsquared2
Potongan gaun pendek
Chic atau seksi. Itu pilihan untuk penggayaan gaun pendek paras peha mahupun lutut. Berbeza dengan gaun labuh, potongan gaun pendek diberikan sentuhan variasi. Pemilihan rekaan beralun, berlisu, multi layered mahupun beropol menampilkan aura individu. Aksesori juga kurang difokuskan sebaliknya sepatu ankle strap heels yang dipilih sekaligus melengkapkan gaya.
1. DKNY
2. DVF
3. Prabal Gurung
4. Herve Leger
5. Versace