Nampaknya Hari Kekasih menghampiri kita. Selalunya yang memeningkan kepala ialah, apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan pada hari istimewa ini? Candlelit dinner? Tengok wayang? Alamak, sudah klise. Bosannya! Apa kata tahun ini kita cuba lari sikit dari kebiasaan. Mungkin idea-idea kami di sini boleh membantu:
Gambar: The Wheels facebook page
1. Disko Skating
Okey, bukan semua orang boleh berkasut roda, inikan pula mahu menari dengannya. Mungkin mustahil bagi anda. Tapi bila difikir balik keterujaan anda bersama pasangan, bekerjasama untuk berkasut roda sambil berpegangan tangan untuk cuba menstabilkan diri diiringi rentak lagu yang dialunkan DJ, ia agak romantik dan fun! Anda dan pasangan bolehlah mencubanya di The Wheels, Subang Avenue Shopping Mall Februari ini.
Gambar: Mini Putt facebook page
2. Mini Golf
Miniature golf atau mini golf bukanlah sesuatu yang baru di negara barat dan mungkin aktiviti ini agak unik bagi kita yang berada di Malaysia. Anda dan pasangan boleh mencubanya di Citta Mall, Petaling Jaya, tanpa perlu risau soal cuaca kerana ia berlangsung di dalam bangunan. Bayangkan kekasih anda mengajar anda menggunakan kayu golf dan ia akan menjadi lebih romantik sekiranya si jejaka berpura-pura kalah dalam pertandingan golf mini anda berdua.
Gambar: TPG
3. Besbol
Satu lagi aktiviti yang lain dari yang lain yang harus dicuba oleh anda dan pasangan adalah dengan bermain besbol. Batting Cage di One Utama, Petaling Jaya adalah tempat yang perlu dituju bagi pasangan yang masih tidak mempunyai apa-apa pelan pada Hari Kekasih ini. Tidak mengapa kalau anda ketawakan pasangan anda yang tidak boleh memukul bola. Bertandinglah sesama sendiri dan letakkanlah chocolate fondue atau aiskrim sebagai taruhan. Pertandingan yang sihat boleh mengukuhkan lagi rasa cinta anda terhadap pasangan.
Gambar: skytrex-adventure.com
4. Skytrex
Jika anda seorang pencinta alam dan sukakan cabaran, Skytrax mungkin sesuatu yang boleh dicuba. Aktiviti luar seperti flying fox, sky-crawl dan rabbit flip-flop mampu membuatkan anda dan pasangan berasa seperti berada di dalam rancangan Amazing Race. Cabar mencabar satu sama lain dengan aktiviti yang tersedia untuk merapatkan lagi hubungan anda berdua. Tetapi jangan sampai bergaduh ya. Kami cabar anda untuk ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam untuk merasai sendiri janji temu yang lain dari yang lain ini.
Gambar: TPG
5. Post Valentine Concert
Hari kekasih pada tahun ini jatuh pada hari Khamis. Mungkin susah sedikit bagi yang bekerja untuk merancang aktiviti yang menarik pada hari tersebut. Jadi, apa kata anda slow dance di tengah Stadium Negara dengan yang tersayang pada hari Ahad di minggu sambil mendengar dendangan ‘The Only Exception’ oleh Paramore secara live. Pastikan anda terus meletakkan kekasih hati sebagai keutamaan walaupun perhatian anda mungkin teralih kepada Hayley Williams pada 17 Februari ini.
PANCING KEKASIH LAMA UNTUK VALENTINE >>