Janganlah begitu negatif mengenai Hari Kekasih. Pandang ia dari sudut positif kerana ia boleh menjadi ‘alasan’ untuk anda merapatkan hubungan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Hari-hari biasa anda sibuk bekerja sehingga ke malam dan hari minggu pula anda mahu berehat sehinggakan tiada masa untuk bersama mereka. Hanya bertemu ketika kenduri ataupun majlis-majlis keluarga sahaja sehinggakan ibu berkecil hati. Oleh itu, jadikanlah Hari Kekasih sebagai ruang untuk anda membuat aktiviti istimewa bersama keluarga dan sahabat anda!
AKTIVITI BERBEZA SEMPENA HARI KEKASIH >>
Potluck
Bincang dengan teman rapat anda mengenai menu kegemaran anda semua. Sediakan menu tersebut dan berkumpul di suatu tempat ataupun di rumah anda dan makan bersama-sama. Serikan suasana dengan cerita kenangan bagaimana anda bertemu yang diselang-selikan dengan permainan seperti ‘charade’ atau UNO.
Workout/bersenam
Belilah pakaian senaman yang comel dan pergilah ke gim yang berhampiran untuk bersenam bersama dengan bapa anda. Senaman merembeskan endorfin yang mampu membuatkan anda berasa gembira secara semula jadi. Bonus untuk anda sekiranya anda terjumpa dengan jejaka-jejaka yang masih belum berpunya di situ.
TEMUJANJI JIMAT TAPI BERMAKNA >>
Tonton raja lawak
Jangan sekali kali anda memilih filem yang boleh menitiskan air mata seperti ‘The Vow’ atau ‘The Notebook’ untuk ditonton pada malam Hari Kekasih. Apa kata anda menonton gelagat Zizan dan Johan di atas pentas. Lebih seronok sekiranya anda menontonnya bersama ibu yang sememangnya meminati Jozan. Bergelak ketawa bersama ibu tersayang jauh lebih bermakna daripada bersedih kerana tidak mempunyai pasangan.
Pilih rakan yang sesuai
Bukan semua orang yang berada di sekeliling anda boleh membuatkan anda gembira. Ada di antara rakan yang suka membangga dan memuji diri untuk membuatkan anda merasa rendah diri terutamanya dari segi fizikal dan teman hidup. Janganlah pula anda mengajak mereka untuk keluar lepak kerana takut anda terasa hati dengan percakapan mereka nanti.
MISTERI MALANG SI TAMPAN TETAPI …..>>
Bake
Minta tolong adik anda cari resipi kek atau kuih kegemarannya dan beli bahan-bahan untuk bersama-sama membuatnya. Hidangkan kek itu selepas makan malam untuk dinikmati bersama-sama seluruh ahli keluarga. Kalau kek itu tidak menjadi, anda tidak rugi apa-apa kerana masa yang diluangkan bersama keluarga tersayang itu jauh lebih penting.
No-Instagram-a-Day
Anda dilarang sekeras-kerasnya untuk melayari akaun instagram anda kerana di situlah bakal penuh dengan gambar-gambar janji temu istimewa rakan-rakan anda. Jangan seksa diri anda sebegitu.
MASA YANG SESUAI UNTUK MENGATAKAN ‘I LOVE YOU’ >>
Kerja Amal
Tempat yang paling bagus untuk dilawati pada Hari Kekasih adalah rumah orang-orang tua atau anak yatim. Lakukan kerja amal pada Hari Kekasih untuk mengingatkan anda betapa bertuahnya anda walaupun masih bersendiri.
Jadi, janganlah memandang serong hanya kerana perkataan ‘Valentine’ itu. Mulakanlah hari kekasih pada kali ini dengan meluahkan rasa sayang kepada ibu bapa anda. Go say ‘I Love You’ to them now!