Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Ratu Gimnasium]Ratu Gimnasium
Gaya yang dikenakan pada model, Julia Stegner ini mengingatkan kembali pada mendiang Farrah Fawcett kerana gaya rambutnya yang diberi kesan volume mengikut layering yang kemas. Sementara gaya pakaiannya juga bagaikan mengikut tema disko. It’s so perfect! Dandanan rambut ini tentunya hasil sentuhan Stephane Lancien, iaitu pendandan rambut yang terkenal di kalangan penggiat industri fesyen. Solekan pada wajah Julia juga mengingatkan pada solekan ala Barbie sekitar tahun 80an. Jika gaya solekan ini yang disukai anda, jangan lupa untuk undi dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik!
Leotard Vintage dari L’Armoire Du Styliste
Seluar Legging Vintage dari Southpaw
Si Pengasuh Anggun
Sekalipun sibuk kerana terlalu leka menjaga anak-anak kecil, namun ini tidak bermakna anda juga perlu memperlekehkan soal rupa. Lihat saja kejelitaan Julia Stegner ini tatkala diberi sentuhan emas Charlotte Willer iaitu jurusolek yang mengindahkan lagi wajah model-model Kalender 2011 ini. Apatah lagi gaya rambut lepas dengan kesan alunan yang diberikan Stephane melengkapkan lagi gaya pengasuh yang seksi dan stunning! Jika anda terpesona dengan gaya solekan ala diva ini, undi gaya Si Pengasuh Anggun ini dan nantikan pertandingannya pada bulan hadapan!
Dress Balenciaga
Kasut Yves saint Laurent
Stephane Lancien, Penggaya Rambut
Stephane Lancien sememangnya dilahirkan sebagai seorang pendandan rambut. Menyedari minatnya yang mendalam terhadap kemahiran itu, Stephane tidak teragak untuk menuntut di salah sebuah akademi dandanan rambut sejak zaman remajanya. Tekad dengan impiannya itu, anak kelahiran Perancis ini kemudiannya bekerja dengan pendandan rambut terkenal, Jean-Marc Maniatis.
Bagai ditakdirkan, Maniatis memperkenalkan Stephane kepada dunia fesyen dan kecantikan. Selama 20 tahun, Stephane meniti perjalanan yang membawanya kepada suatu pencapaian menakjubkan hingga tersenarai di kalangan A-list di Eropah dan serata dunia. Malah, Stephane juga menjadi antara orang paling penting di sebalik Paris Fashion Week tanpa henti. Kini, Stephane menjadi pilihan Maybelline selama beberapa tahun untuk iklan komersil di televisyen mahupun majalah.
“Pasukan ini ternyata fabulous dan projek kalender tentunya antara pengalaman paling menyeronokkan. Bukan sahaja saya berasa terharu kerana dipilih untuk meneraju projek ini, tetapi gambar-gambar yang diambil juga mencipta imej yang gila dan daring! Setiap orang membawa kemahiran artistik yang luarbiasa. Saya tidak sabar untuk menantikan kalender seterusnya!“.
[tab:Video Klip]Mahu melihat keadaan belakang tabir bagi sesi fotografinya? Klik klip video di bawah untuk menyaksikan bagaimana the magical moment berlaku!