Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!
Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.
[tab:Si Pencuci Diva]Si Penggoda Jelita
Menggoda, seksi, jelita dan berkeyakinan. Itu perkataan terbaik menggambarkan ‘watak’ yang dihidupkan model dari Brazil, Lisalla Montenegro. Solekan yang digayakan juga begitu kaya dengan elemen seksi dan feminin. Manakala gaya rambut yang diberikan kesan volume menyerlahkan lagi kejelitaan Lisalla. Sukakan gaya ini? Sertai peraduan undi gaya golekan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi kosmetik Maybelline bernilai RM200!
Michael Angel, Penata Gaya
Dilahirkan dan dibesarkan di Australia, Michael Angel sentiasa mempunyai minat mendalam terhadap seni halus. Disebabkan bakat luar biasanya itu, Michael sudah pun terpilih sebagai Penyelia Senior Visual dan Kreatif untuk SABA iaitu pusat membeli-belah terkenal Australia ketika dia hanya berumur 18 tahun! Pengalamannya kini sudah menjangkau kira-kira lapan tahun dengan kreativiti yang dimiliki menjadi pilihan beberapa syarikat untuk ‘meminjam’ ideanya dalam menganjurkan pertunjukan runway dan kempen pemasaran fesyen.
Namun, usaha bersungguhnya tidak disedari syarikat berkenaan dan akhirnya, Michael tekad untuk mengejar pengiktirafan dengan menyandang jawatan Pengarah Gaya untuk L’Oreal Melbourne Fashion Festival dan Australian Fashion Week. Kemudian, Michael meneruskan impiannya dengan berhijrah ke New York dan bermula detik itu, Michael tampil sebagai antara penata gaya terkemuka.
“Saya sukakan semuanya tentang Maybelline namun apa yang pasti, projek ini adalah antara projek paling menyeronokkan dalam hidup saya. Saya menghabiskan berbulan-bulan untuk menjadi wardrobe yang paling sempurna bersesuaian dengan gaya solekan dan konsep yang dibawa. Inilah masanya untuk saya tampil sekreatif yang mungkin and I have to admit I LOVE IT! Segalanya menjadi sumber inspirasi dari NYC, Maybelline dan tentunya, the Dream Team.” |