Belah tepi
= |
Pabila jemu dengan gaya rambut ponytail, rambut yang dibelah tepi dan diikat juga menjadikan wajah anda kelihatan anggun. Gunakan L’Oreal Liss Control+ sesudah rambut diluruskan menggunakan pengering rambut. Selain mengemaskan, ia juga mengekalkan tekstur rambut yang lurus.
Volumized dan bouncy
= |
Rambut yang diberi kesan volumized dan kembang adalah antara gaya kegemaran pada pentas peragaan kali ini. Antara produk terbaik adalah Schwarzkopf Essensity Volumizing Cream, RM64. Ia membantu mengembangkan rambut tanpa rasa melekit selain kekal lebih lama!
Tocang
= |
Selepas rambut ditoncang, kembalikan rambut anda kepada keadaan asal menggunakan Redken Extreme Conditioner, RM62. Selain melembutkan, perapi rambut ini mampu mengekalkan rambut yang sihat.
Aksesori
= |
Aksesori rambut memainkan peranan penting untuk mengubah gaya rambut yang ringkas. Tambahkan aksesori rambut dari Aldo ini ke dalam koleksi anda! Klasik, sweet tetapi unik!