Selembut wanita Itali, kewanitaan mereka menjadi inspirasi kepada Salvatore Ferragamo untuk mengeluarkan rangkaian haruman terbaru mereka, Signorina. Bertepatan dengan keayuan wanita Malaysia, bau-bauan segar daripada bunga melati, ros dan Peony menjadi teras kepada haruman terbaru ini.
Keanggunan seseorang Signorina semakin terserlah dengan bau-bauan musk lembut disulami dengan sedikit esen kayu nilam untuk memastikan anda kekal harum sepanjang hari. Anggun, lembut, ayu, elegan dan penuh dengan sifat kewanitaan sebenar. Itulah dia seorang Signorina bagi kami.
Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menyertai pencarian gaya Signorina bulan lepas, kami telah membuka kembali penyertaan ini untuk anda!
Apakah pula definisi SIGNORINA bagi anda? Opps. Tunggu dulu. Kami tidak memerlukan penjelasan anda. Kami hanya memerlukan anda menunjukkannya untuk berpeluang memenangi sebotol wangian SIGNORINA daripada Salvatore Ferragamo!
Ambil gambar penuh Outfit of The Day (OOTD) anda yang menggambarkan gaya seorang SIGNORINA dan muat naik gambar tersebut ke laman Facebook. Jangan lupa untuk tag kami (EHMalaysia). Tidak aktif di Facebook? Tidak mengapa, kerana anda juga boleh memuat naik gambar OOTD SIGNORINA anda ke laman sosial Twitter berserta hashtag #EHOOTD dan mention kepada @EHMalaysia.
Gambar contoh daripada Lookbook.nu
Apa yang penting, profil anda haruslah berstatus umum supaya kami boleh melihat gambar anda. Mudah bukan? Hantarkan penyertaan anda sebelum 26 Mei 2013. Mungkin gaya SIGNORINA andalah yang kami cari.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Sebotol haruman Signorina daripada Ferragamo ini hanya untuk seorang pemenang sahaja dan kami mencari 3 orang Signorina.
2. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 July 2013 jam 11:59pm.
3. Kesemua 3 pemenang akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Mei dan akan dipaparkan di ruangan fesyen kami bersama dengan peserta lain.
4. Hanya satu penyertaan yang dibenarkan dan sekiranya anda menghantar lebih, penyertaan anda tidak akan dikira.
5. Keputusan pemenang oleh pihak penganjur adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.