Kebanyakan golongan lelaki menganggap mereka sporting, mudah untuk diajak berbicara, rasional, cool dan serba hebat dalam apa jua perkara yang dilakukan mereka. Tetapi sejauh mana kebenaran disebalik tanggapan mereka itu? Kita dengarkan pendapat lima orang gadis ini yang membicarakan tentang lima sifat lelaki yang menjengkelkan!
Intan Dayana, Pereka Grafik Jawapan: Tidak cukup berdikari Ada sesetengah golongan mars ini suka bergantung kepada bantuan teman wanitanya untuk melaksanakan tugas-tugas harian. Ini termasuk membayar bil, mengambil pakaian dari kedai dobi, membelikan mereka makanan malah adakalanya diminta untuk memandu kenderaan mereka setiap kali keluar dating. Bagaikan terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melakukan semua tugasan itu, mereka melepaskan segala tanggungjawab kepada wanita untuk menyelesaikannya. Hello…we are not made to be your personal assistant! Bukankah lelaki dicipta untuk menjaga wanita dan bukan sebaliknya? No, this is very unacceptable.
|
Syazwani Ardy, Pensyarah Jawapan: Terlalu sensitif Jika anda merasakan golongan perempuan lebih sensitif, you need to think again. Ada juga golongan lelaki yang terlalu sensitif mengalahkan wanita! Cukup sekadar si teman wanita yang melalui fasa emosi yang tidak menentu (yang juga disebabkan masalah ketidak seimbangan hormon dalam kitaran haid). Takkan lelaki juga mahu turut sama beremosi sehingga sering menimbulkan pergaduhan dalam sesebuah hubungan? Saya menganggap lelaki seperti ini tidak mungkin mampu melengkapkan kehidupan bahagia seseorang wanita. They are simply annoying.
|
Zuhairah AL-Husin, Pembaca Berita Jawapan: Ego Lelaki dan sifat ego memang tidak dapat dipisahkan. Mereka sentiasa berasa hebat dan betul dalam apa jua perkara dan ini benar-benar memualkan! Ingatlah, nobody is perfect. Mengapa perlunya mereka berasa ego untuk memohon maaf jika membuat kesilapan atau mengakui kesalahan yang dilakukan? Selain itu, saya pantang bertemu lelaki yang suka mengungkit perkara-perkara yang lalu! Bagaikan tiada masa depan, mereka seolah-olah suka living in the past. Bukan saja suka mengungkit, mereka juga sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam diri seseorang wanita. Like I said, nobody is perfect. Terima lah teman anda seadanya dan hargai pemberian cinta oleh mereka yang tersayang.
|
Nurul Roslan, Pensyarah Jawapan: Kuat cemburu Aduhai, rimasnya setiap kali berdepan isu cemburu! Lelaki memang terkenal dengan sifat cemburu buta. Biasanya, sifat cemburu datang apabila mereka berasa insecure. Contohnya, jika mereka diperkenalkan dengan kawan-kawan lelaki si teman wanita, mereka mula berasa kurang selesa. Apatah lagi jika si dia mendapati rakan-rakan lelaki itu mempunyai kehidupan yang stabil, berjaya dalam kerjaya dan lebih tampan, lagi ‘hebat’ rasa cemburu di hati! Sehinggakan, masalah yang kecil menjadi besar gara-gara rasa tidak puas hati mereka rentetan perasaan cemburunya. I will be very happy kalau ada penawar untuk mengubati ‘penyakit cemburu’ ini yang memeningkan kepala! Haha!
|
Faradilla, Pekerja Swasta Jawapan: Sukar diajak berbincang Tidak tahu apa sebabnya, kebanyakan lelaki cukup susah untuk diajak berbincang. Seringkali saya berdepan situasi ini setiap kali saya cuba mengadu masalah atau hendak membincangkan sesuatu. Selalunya, respon yang diperoleh sama ada mereka membuat ‘muka selamba’ atau memberikan jawapan, “suka hati you lah, I okay je…” atau “Hah, apa yang you cakap tadi?” Bayangkan, betapa geramnya perasaan saya setelah puas kita mengadu masalah dengan panjang lebar atau bertanyakan sesuatu untuk kebaikan bersama. Bagi saya, lelaki yang mempunyai sifat ini tidak serius dan hanya mementingkan diri.
|