Sebenarnya, kalau dari segi fizikal, ia sememangnya agak subjektif. Seseorang lelaki mungkin memandang seksi itu dari sudut yang berbeza. Namun begitu, sekiranya anda mahu menarik perhatiannya dengan cara pemakaian anda, kami ada beberapa jenis pakaian yang dianggap seksi oleh kebanyakan lelaki.
BEHIND THE COVER MAY : FOUZIAH GOUS >>
Baju Off-Shoulder
Mendedahkan apa yang tidak perlu boleh menampakkan wanita semakin murah, bukannya seksi. Jadi mainkan perasaan lelaki dengan hanya menunjukkan sedikit kulit anda iaitu di bahagian bahu dan sedikit bahagian belakang. Kebanyakan lelaki merasakan ia sangat seksi.
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI PIGMENTASI >>
Baju Lelaki
Mengenakan baju yang ketat tidak akan menonjolkan keseksian terutamanya jika badan anda tidak tone seperti model Victoria’s Secret! Sesekali, cubalah memakai kemeja lelaki atau t-shirt bersaiz besar kerana unsur maskulin yang anda terapkan di dalam gaya anda memberikan keseksian semula jadi.
TIP PEMILIHAN PAKAIAN DALAM >>
Sifon Jarang
Sifon bukan sahaja membuatkan badan anda tampak lebih menawan, ia juga sangat disukai oleh lelaki. Mengapa? Sifon kebanyakan jarang dan membuatkan si dia nampak sedikit corak atau warna pakaian dalam anda. Walaupun anda mengenakan camisole, sifon masih dapat memberikan bayangan bentuk badan anda yang membuatkan si jejaka termimpi-mimpi.
PANDUAN MEMILIH KASUT SUKAN >>
Kasut Tinggi
Kadangkala, kaum wanita pasti tertanya, adakah lelaki akan menyedari ketidak selesaan anda memakai kasut setinggi 5 inci? Jawapannya, jarang yang perasan! Kerana mereka sedang memerhatikan kaki anda yang berotot ketika menggenakan high heels . Kasut bertumit tinggi juga menampakkan anda lebih kurus dan memberikan bentuk badan yang lebih langsing secara ilusi kepada orang yang melihat anda.