Apa perasaan anda apabila berjalan berseorangan pulang ke rumah pada waktu malam? Pasti anda bimbang akan perhatian orang lelaki, mana tahu nanti anda berpotensi untuk menjadi mangsa rogol. Namun begitu, di China, satu legging telah direka khas sebagai senjata untuk mempertahankan diri wanita, iaitu legging kaki berbulu. Bagi orang China, lelaki tidak akan bernafsu dengan wanita yang berbulu kaki lebat, jadi legging ini merupakan produk mesti ada untuk semua wanita sebagai salah satu langkah untuk mempertahankan diri.
TIP UNTUK MENJADI LEBIH DARIPADA KAWAN DENGANNYA >>
LOGIK DI SEBALIK PANTANG LARANG NENEK MOYANG >>
Gambar: cosmopolitan.com
WANITA YANG LELAKI PALING MENYAMPAH >>
FAKTA PENTING MALAM PERTAMA >>
China bukanlah hanya negara yang berusaha keras untuk mencipta pakaian anti-gangguan-seks, tetapi India juga mengikut jejak langkah yang sama. Oleh kerana wanita di India dirogol pada setiap 20 saat, mereka telah mencipta seluar dalam yang bersenjata yang boleh memberi kejutan elektrik kepada perogol sebanyak 82 kali. Sememangnya ciptaan-ciptaan ini memang bagus untuk wanita tetapi pada masa yang sama keadaan ini agak menyedihkan apabila melihat statistik kes rogol yang meningkat di seluruh dunia.