Nampaknya tahun ini pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie sememangnya all-out untuk Raya tahun ini. Melancarkan JLuxe di fashionvalet, koleksi Fallin Feathers di Zalora dan Orkid di Tesco, kini dia berkolaborasi dengan Lisa Surihani pula dan rekaannya kini sudah boleh di dapati di Zalora.com.my.
TOP 10 PEREKA BUSANA PENGANTIN >>
Gambar: facebook Jovian Mandagie
BAJU RAYA DATUK SITI NURHALIZA >>
Rekaan yang diinspirasikan oleh ‘Malaysia’s sweetheart’ itu diberi nama Melayu yang klasik seperti Maimunah dan Maznah. Koleksi yang terdiri daripada baju kurung, baju kurung moden dan dress labuh itu terjual dari harga RM350 dan ke atas. Sekiranya anda masih lagi tercari-cari baju Raya untuk tahun ini, koleksi Lisa Surihani ini mungkin boleh memenuhi cita rasa anda.
Gambar: facebook Jovian Mandagie