Terkejut saya apabila news feed facebook dan twitter dibanjiri status yang sedih seperti ditinggalkan kekasih. Dalam hati terdetik, takkan teman saya dah putus dengan buah hati yang sudah 4 tahun itu? Selepas merisik kenalan yang lain, memang benar si F sudah putus dengan A dan apa yang terlintas difikiran saya ketika itu ‘It was so unexpected!’
PASANGAN JARANG BERGADUH HIDUP LEBIH LAMA >>>
Lelaki jika diberi wang dan kesenangan, sekelip mata boleh menggelapkan mata mereka. Sudahlah si perempuan menanggung si lelaki ketika jobless, tup-tup bila dah kerja bagus, mula lupa diri. Haih jangan begitu, pepatah ada mengatakan ‘Karma is a b*#@h’ dan ‘What goes around comes around’.
Bagi wanita pula, cepat khayal dengan kemewahan yang diberikan. Usah jadi perempuan materialistik. Siapa sangka ‘lubuk emas’ yang kamu kejar itu sebenarnya berlagak kaya, cerita lebat, walhal hutang keliling pinggang. Kemanisan bercinta dapat di rasakan bila sewa kereta di kolej semata-mata hendak jumpa si dia. Nanti bila kamu dah senang, cerita ini yang akan kamu ungkit untuk pupuk rasa sayang pada si dia, ‘Terima kasih sayang kerana ada bersama tak kira susah mana pun kita zaman belajar dulu’.
CARA MEMBUATKAN LELAKI SAYANG >>>
Pesanan buat kamu, ‘Expect the unexpected’. Usah merasakan terlalu selesa dengan apa yang kamu ada. Perkara utama ketika kamu dilamun cinta, usah ketepikan keluarga dan teman-teman kerana at the end of the day, either you will need them atau mereka yang akan menenangkan hatimu yang lara.
Sentiasa positif tentang apa yang berlaku. Pujuk hati dengan mengatakan ‘I’m glad that this thing happens now before we’re getting serious about it’. Saya sering berpegang kepada ‘biar orang buat kita, jangan kita buat orang’.
STRATEGI BERHENTI BERTENGKAR >>>
Buat si dia yang lupa diri, ambil masa sejenak, dan fikirkan semula apa yang telah kamu berdua lalui sepanjang bersama. Susah senang, pahit manis. Tak semudah itu nak dimuntahkan begitu sahaja. Keseronokan yang kamu rasa itu cumalah sejenak, kerana karma sedang memburumu.
Jaga-jaga wahai pengkhianat cinta!