Pemanduan yang melebihi tempoh tiga jam akan membuatkan anda menjadi letih dan lesu. Apabila terlalu letih akan menyebabkan anda mengantuk dan hilang fokus sehingga boleh berlakunya kemalangan. Bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini? EH! kongsikan tip untuk menghiburkan diri anda ketika memandu untuk jarak yang jauh.
Gambar: smh.com.au
Peneman
Elakkan dari memandu berseorangan untuk pemanduan jarak jauh lebih-lebih lagi yang melebihi dari tiga jam. Cuba cari seorang rakan yang boleh menjadi peneman ketika memandu supaya anda tidak berasa bosan.
Permainan Trivia
Anda dan rakan sudah kekeringan idea untuk topik apa nak dibualkan. Cuba bermain permainan trivia bersama rakan anda. Untuk soalan-soalan yang menarik, cuba ke www.randomtriviagenerator.com. Setidak-tidaknya bertambah juga pengetahuan am anda dan rakan.
Sesi Karaoke
Pastikan CD lagu kegemaran atau USB anda terisi dengan lagu-lagu popular. Menyanyilah menggembirakan hati anda dan rakan, tak perlu risau kerana kereta sebelah takkan dengar nyanyian sumbang itu.