Setiap kali dekad baru menerjah, pasti terdapat pelbagai perubahan yang akan berlaku. Paling ketara revolusi dunia fesyen yang dapat diperhatikan perkembangannya sangat pesat. EH! ingin membawa anda mengimbau kembali item fesyen yang pernah menjadi kegilaan pada suatu ketika setiap 10 tahun.
Gambar: glamcheck.com
Tahun 70an – Seluar Kembang
Seluruh dunia menghargai kewujudannya. Cuba geledah almari ibu dan cari gambar-gambar lama ketika zaman remajanya. Perhatikan setiap fesyen mereka yang kelihatan megah bergaya dengan seluar kembang masing-masing cuma warna berbeza. In fact, trend seluar kembang kembali menjenguk penggemar fesyen sejak akhir-akhir ini dengan diberi nafas baru.
Gambar: liketotally80s.com
Tahun 80an – Pad Bahu
Ketika era 80an, tidak kira baju kasual mahupun pakaian tradisional semuanya lengkap dengan pad pada bahagian bahu. Kalau diperhatikan fesyen mendiang Michael Jackson dapat anda lihat hampir keseluruhan bajunya ketika tahun 80an mempunyai pad bahu.
Gambar: 90strends.blogspot.com
Tahun 90an – Oversized Tshirt
EH! berpendapat, revolusi fesyen ketika tahun 90an hampir separuh daripadanya tidak relevan untuk diulang pakai pada tahun akan datang. Opps! Paling ketara ialah pemakaian tshirt bersaiz besar dan tidak menepati saiz badan. Rata-rata dapat dilihat ketika itu, semua orang selesa mengenakan baju bersaiz besar.