Peribahasa ‘perigi cari timba’ bermaksud, perempuan mencari lelaki. Kebiasaannya lelaki yang akan memulakan langkah sekiranya kedua-dua pihak ingin mencapai sesuatu dalam perhubungan. Dalam arus kemodenan yang kita kecapi hari ini, amalan klasik ini kadang kala berubah. Bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya perempuan yang memulakan langkah pertama untuk membuat pendekatan pertama. Beberapa langkah yang perlu kamu ambil kira supaya tidak nampak terlalu terdesak.
Gambar: justdatinggroup.com
Yakin
Kadang-kadang kita tertunggu-tunggu lelaki memulakan langkah seterusnya tapi ia tidak berlaku. Jadi anda jangan takut untuk memulakan langkah pertama jika anda dapat merasakan perasaan yang sama dari pihaknya.
Tenang
Untuk tidak nampak yang anda terdesak mahukan ‘sesuatu’ darinya, tenangkan diri ketika keluar bersama. Usah memperlihatkan sifat teruja anda yang melampau. Sekiranya dia memberikan jawapan yang positif, terima dengan tenang dan berikan tindak balas yang sepatutnya.
Usah Berselindung
Jika dia memberikan tindak balas yang positif, ini adalah peluang terbaik untuk anda memperlihatkan perasaan kepadanya. Tetapi jangan beritahu isi hati anda sepenuhnya kepada dia. Cukup sekadar dia tahu yang anda punya perasaan terhadap dia. Cuba tunggu dan lihat reaksi seterusnya.