Budaya cantik hari ini membawa setiap individu baik wanita mahupun lelaki kepada fasa mengubah rupa asli kepada bentuk wajah yang diimpikan. Namun berbaloikah semua ini? Antara empat negara dengan aktiviti pembedahan plastik tertinggi:
1. Korea Selatan
Setiap satu daripada lima wanita di Korea Selatan menjalani pembedahan plastik dan kebanyakan daripada mereka melakukan pembedahan hidung (Rhinoplasty) dan double eyelid (Blepharoplasty).
2. Greece
Kajian 2012 menyatakan Greece negara kedua popular popular dengan aktiviti breast argumentation dan penis enlargement selepas amerika Syarikat.
3. Amerika Syarikat
Seramai 3.1 juta rakyat Amerika Syarikat dilaporkan melakukan pembedahan plastik pada 2011 dan jumlah ini meningkat pada tahun berikutnya dengan penambahan peratusan bagi aktiviti liposuction dan breast implant.
4. China
Pada 2010 seramai 635,720 orang rakyat China dilaporkan melakukan pembedahan kosmetik dan jumlah ini meningkat sehingga 30 peratus dengan aktiviti pembedahan yang paling popular iaitu liposuction.
Hos rancangan fesyen terkenal, Fashion Police, Joan Rivers yang dapat kita perhatikan mempunyai kulit wajah begitu tegang tanpa kedutan asli di wajahnya pada usia 80 tahun. Namakan apa jua pembedahan, baik daripada eye lift kepada pembedahan hidung, bibir sehingga ke dagu juga dahi semua sudah dijalaninya. Botox dan pembedahan kosmetik menjadi regim cantiknya dan apabila ditanya mengapa dia begitu obses melakukan pembedahan wajah, Joan menjawab, “Saya mahu sentiasa kelihatan cantik dan muda.”