• Sewaktu di set penggambaran, Erin gemar menikmati jus oren bagi memberi Vitamin C kepada badan dan wajah. Ia juga dapat memberi tenaga untuk beraksi di hadapan kamera.
• Penggunaan solekan yang kerap boleh merosakkan dan menyebabkan kulit tidak bermaya. Justeru, minum air masak dalam kuantiti yang banyak dan jangan lupa sesi rawatan muka setiap dua bulan.
• Menggalakkan penggunaan pencuci wajah berasaskan bahan organik.
• Tidak setuju jika gadis seusianya mendapatkan khidmat pembedahan plastik untuk kelihatan cantik, kerana kesan sampingan dan akibatnya bakal memberi masalah berbanding kegembiraan. Bersyukur dengan apa yang dimiliki.