EH! edisi Julai merupakan edisi yang perlu semua penggemar EH! miliki. Mengapa? Ini merupakan isu EH! yang ke-200, dan sempena meraikan edisi istimewa ini kami sediakan bahan bacaan yang cukup menarik.
EH! Throwback menyorot kembali sebahagian besar wajah-wajah yang pernah menghiasi muka depan EH! EH! 200 pula menyenaraikan 200 individu, produk dan jenama dari lapangan fesyen, kecantikan dan gaya hidup serta hiburan terhangat.
Dan kami turut bawakan laporan penuh Anugerah Stail EH! yang berlangsung Mei lalu. Turut ada Anugerah Cantik EH!, yang mana kami serta pembaca setia EH! sendiri memilih produk terbaik berdasarkan puluhan kategori yang dipertandingkan.