Oleh: Khairul Abidin
Gambar: Sedutan filem Thank God It’s Friday lakonan Donna Summer
Thank God It’s Friday! Ya, hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu, kerana anda akan punya hari rehat selama dua hari (Sabtu & Ahad). Bagaimana anda harus gunakan hari Jumaat sebaiknya agar anda dapat menikmati cuti dua hari sepuasnya.
Cuci Semua Baju
Cuci pakaian yang anda pakai sepanjang seminggu sebaik sahaja anda pulang ke rumah. Dan jika anda mahu menghantarnya ke laundry, seeloknya hantarkannya pada hari Jumaat juga. Sekurang-kurangnya kerja penting yang biasanya anda selesaikan pada hujung minggu sudah diselesaikan lebih awal.
Tiket Wayang
Jika bercadang mahu menonton wayang pada hujung minggu, beli tiket wayang lebih awal menerusi internet. Selain mudah ia juga mengelakkan anda berasa kecewa kerana tiada tiket kerana biasanya filem-filem blockbuster sold out dengan pantas.
Beli Groceries
Beli barang keperluan anda pada hari Jumaat untuk mengelakkan anda bersesak-sesak di pasar raya pada hujung minggu. Mengapa perlu menyusahkan diri mencari tempat letak kereta dan beratur panjang membayar barang dapur pada hujung minggu walhal anda mahu berehat sahaja pada hujung minggu.
Selesaikan Kerja
Usah bertangguh, selesaikan semua kerja. Jika ada kerja yang perlu dihantar pada hari Isnin akan datang, sempurnakannya pada hari Jumaat. Usah menyimpan cita-cita mahu menyudahkannya pada hujung minggu kerana akhirnya bebanan kerja itu akan mengganggu perancangan istirahat anda. Dan kerana di kepala anda sentiasa memikirkan kerja yang belum selesai itulah yang menjadi punca ‘Monday Blues’.